Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday 5 April 2013

#PRU13 #GE13 : Notis Rasmi Pembubaran DUN Perak Diserah Kepada SPR -Datuk R. Ganesan #vote4bn #bnbest #betternation

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan menyerahkan watikah pembubaran DUN Perak kepada Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

R. Ganesan berkata, watikah itu diserahkan kepada Pengarah SPR Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 3 petang.

"Semalam DUN Perak telah dibubarkan. Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah telah menandatangani watikah pembubaran DUN Perak.

"Pada hari ini, saya datang ke SPR Negeri Perak untuk menyerahkan watikah bersama dengan surat pemberitahuan bahawa DUN Perak telah pun dibubar.

"Seterusnya SPR akan mengambil alih untuk mengadakan pilihan raya untuk DUN Perak," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Pembubaran DUN Perak diumum secara rasmi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada satu majlis di kediamannya, petang semalam selepas mendapat perkenan Raja Nazrin kira-kira pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita samada beliau akan bertanding di kawasan DUN Hutan Melintang, beliau berkata, keputusan itu terletak di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

Ganesan yang juga Timbalan Pengerusi MIC Negeri Perak berkata, parti berkenaan akan bertanding di empat kerusi dan pemilihan calon ditetapkan oleh Presiden parti.

MIC yakin akan memenangi semula semua kerusi yang terlepas ke tangan pembangkang disamping mempertahankan kerusi sedia ada.

"Keyakinan ini berdasarkan terhadap gerak kerja yang dilakukan MIC di peringkat akar umbi di seluruh negeri sejak empat tahun lalu," katanya.

Sumber -Perak BN

Anak BD: Sama-samalah kita tunggu hari penamaan calon nanti...kepada pejuang-pejuang BN tak kita di alam maya mahupun di alam nyata SELAMAT BERJUANG diucapkan..BERJUANGLAH DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH TAALA..
...BERJUANG SEHINGGA KETITISAN DARAH YANG TERAKHIR DEMI MEMPERTAHANKAN Alif Ba Ta..



Sent from Samsung tablet

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More