Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday, 22 July 2011

Satu Malaysia kena tipu!! (Maklumat Bocor Dari Mesyuarat PKR)

Selamat membaca maklumat yang dibocorkan dari dalam PKR….

Tian Chua nak main game apa dengan pihak media. Kononnya, Pakatan Rakyat sudah hampir menyelesaikan senarai calon untuk Pilihanraya Umum ke-13. Ini pengumuman Tian Chua. Berapa ramai orang yang nak percaya pun kita tak tahu.

Sebabnya. seperti yang ramai kawan-kawan dalam PKR pun tahu; masih wujud banyak masalah dalam senarai calon Pakatan Rakyat. Banyak isu. Ada yang kata, sekurang-kurangnya ada 6 SET senarai calon yang dikemukakan pada ketika ini.

1.Senarai Calon Yang Dikemukakan PKR (rasmi)

2.Senarai Calon DAPSenarai Calon PAS

3.Senarai Calon PKR (Jika Anwar Ibrahim dimasukkan ke Sungai Buloh)

4.Senarai Calon PKR (Kalau Anwar kekal sebagai Ketua Umum)

5.Senarai Calon PKR (…yang Azmin anggap wajar)

Masalah utama bukan kepada parti lain. Tetapi PKR. PKR ada 4 SET senarai calon. Pening kepala DAP dan PAS. Kepada PAS dan DAP, mereka tak nak tahu senarai calon yang mana satu; tapi mereka mahu penambahan jumlah calon kepada parti masing-masing. Setelah dicampur-campur; Pakatan Rakyat akan bertanding di 237 kawasan. Lebih daripada jumlah Parlimen. Maknanya, banyak kerusi yang bertindih. Banyak kerusi yang ditandingi oleh rakan-rakan PR.

Kita tahu, bagi mendatangkan impak – PR akan memastikan pertandingan akan menjadi 1 LAWAN 1. Banyak kawasan. Bertanding 3 penjuru. Macamana yang Tian Chua boleh kata senarai sudah hampir selesai.

Menurut rakan yang hadir dalam mesyuarat tersebut – PAS sudah menyatakan keinginan untuk bertanding sebanyak 80 kawasan. DAP juga ingin menambah sebanyak 53 kawasan. Ini memberikan makna – PKR terpaksa KORBAN sebanyak 9 kawasan Parlimen. Azmin sudah awal-awal menyatakan TIDAK SETUJU.

Malahan, Azmin sudah memberikan kata dua – ada beberapa kawasan yang TIDAK BOLEH DISENTUH oleh PAS dalam apa keadaan sekalipun. Noktah. Tidak ada tolak ansur. Jika mahu tolak ansur; PKR sedia bertanding atas tiket sendiri. Sudah ada perpecahan nampaknya…mana yang Tian Chua kata selesai?

Selain daripada itu, ada juga senarai calon yang bertindih – di samping beberapa 'kezutan' yang dicadangkan:-
*Ambiga ada nama dalam dua senarai ( DAP dan PKR). Pelik tetapi benar. Ini membayangkan Ambiga sudah menjadi 'most valuable player' pada ketika ini;

*Mary Cordosa (juga ada dalam senarai DAP dan PKR). Mary salah seorang Doktor di Tung Shin Hospital. Aktif dengan MMA.

*Hasmy Agam ada dalam senarai PKR. Tidak ada dalam senarai lain.

*Haris Ibrahim (walaupun bergerakatas nama 'independent' – senarai nama ada dalam PKR);

*Izzah; dalam salahsatu senarai PKR dikatakan akan bertanding di Permatang Pauh (dalam senarai sama, Azmin akan berpindah ke Lembah Pantai)

*Timbalan Presiden PAS (*Titiwangsa atau Putrajaya; senarai ini sebelum Allahyarhamah Dr Lo' Lo' meninggal dunia)

*PAS juga minta Wangsa Maju (calon belum dikenalpasti).

Ada yang bertanya kenapa PR nak terus bincang 'senarai calon' pada ketika ini – sedang jumlah kerusi belum dipastikan. Mereka hanya mahu sebarang 'permasalahan' diselesaikan lebih awal. Tidak mahu ada sebarang upset di kemudian hari.

Tian Chua jangan selalu sangat berbohong kepada media. Yang sebenarnya, mereka bukan sahaja berbincang pasal jumlah 'seats'; malahan senarai CALON.

AnakBD: kata Ambiga tak bertanding mana2 parti politik! sah pembohong mereka ni.. Semua memang kaki pembelit

Sumber : http://medan-info-kita.blogspot.com

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More