Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Friday, 8 July 2011

ATM akan ambil alih jika Darurat di isytihar

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan negara sekiranya perintah darurat dikeluarkan hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, ATM hanya akan bertindak sedemikian selepas pengumuman mengenainya diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, walaupun tugas menjaga keselamatan negara di bawah kuasa polis namun ATM boleh mengambil alih tugas itu atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

"Justeru itu, kita berdoa agar tidak ada pengisytiharan darurat untuk tidak menyebabkan ATM menjalankan tugas sebagaimana yang dititahkan kelak," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kedegilan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk terus mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka hari ini.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More