Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Monday 30 April 2012

Zahid nasihat Nizar jangan berdolak-dalik


RUNGKUP - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beri amaran kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin supaya tidak berdolak-dalik dalam pembohongan berkaitan pihak tentera akan mengambil alih kerajaan jika Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 
Menurutnya, pembohongan dibuat pemimpin Pas itu, mengenai kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­nga­dakan pertemuan dengan pegawai kanan tentera berhubung isu pilihan raya, menunjukkan Nizar sebagai ahli politik tidak profesional.
 
“Di sini, saya mengambil kesempatan nasihatkan pemimpin Pas itu (Nizar) menjadi ahli politik profesional. Walaupun berbeza fahaman politik, kita mesti letakkan integriti di atas supaya dihormati masyarakat,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Sukaneka Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam.
 
Ahmad Zahid turut meminta polis melakukan siasatan­ segera terhadap Nizar dan mahu dedah hasil siasatan supaya masyarakat tahu siapa yang benar dan salah.
 
Katanya, walaupun kawasan Dun Nizar berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tidak semestinya maklumat yang beliau perolehi daripada bekas pegawai tentera laut itu benar.
 
Menurutnya, sebelum ini Nizar pernah membuat pembohongan dengan mengatakan Majlis Angkatan Tentera Malaysia yang bersidang kali ke-300 buat keputusan beri tanah seluas 1.2 hektar kepada pesara tentera.
 
“Saya turut menyemak minit mesyuarat dan tidak pernah ada perkara itu dibangkitkan langsung, malah saya ada bertanya kepada Nizar yang mengaku, semasa menjadi Menteri Besar Perak, tidak ada seinci tanah pun diberikan kepada pesara tentera.

“Sehubungan itu, saya turut minta Nizar akui kesilapan agar terus dihormati,” katanya.



Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Sukaneka Tabika Perpaduan Zon 5 Daerah Hilir Perak.







0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More