Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Monday, 21 February 2011

Nurul Izzah & Siti Aishah turun ke Bagan Datoh


Satu jamuan minum petang bersama N. Presiden PKR Nurul Izzah Anwar al- Jubs dan Siti Aishah ketua Serikandi..telah diadakan di perkarangan rumah Ustaz Yusof di Taman Cenderawasih , Simpang 4 semalam...kelihatan juga ADUN Hutan Melintang, S.Kesavan dan Ketua Cabang Bagan Datoh Madhi Hassan serta Ustaz Misbahul Munir YDP Pas Bagan Datoh turut mengiringi...

teman sempat seludup bersama beberapa orang rakan..nak pi dengar apa lagi yang nak dikelentong diorang ni...

ternyata agenda utama Nurul Izzah dan sekutunya turun ke Bagan Datoh setelah kali terakhir beliau sendiri turun ke kawasan ini 12 tahun yang lepas adalah untuk membawa propaganda 'Buku Jingga' dan 'Program 100 hari memerintah' kepada penduduk di Bagan Datoh..

Tak habis-habis la Parti Kelentong Rakyat ni nak kelentong lagi...dengan fakta-fatwa yang teman rasakan tak relevan.. Percaya la cakap teman 'Buku Jingga ' dan 'Program 100 hari memerintah' merupakan propaganda pembangkang semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat. Mereka akan terus menabur janji-janji kosong kepada rakyat.

Lihat saja misi 'Tawan Putrajaya' yang diwar-warkan oleh mereka pada 16 september sehingga ke hari ini masih lagi belum menjadi kenyataan sedangkan mereka telah begitu gah dan angkuh serta berkeyakinan tinggi yang mereka akan dapat menawan Putrajaya pada 16 September yang lalu.

Tapi janji hanya tinggal janji..konpem mike semua kena tipu....

tak ada apa sangat yang teman nak ulas tentang ucapan-ucapan mereka-mereka ni selain menghentan Dato' Seri Zahid Hamidi sebagai ahli parlimen Bagan Datoh...tu je la yang mereka tau pun..hentam menteri sana, hentam menteri sini...

Melihatkan sambutan yang diterima dengan kedatangan seorang tokoh hebat yang kononya digelar 'Puteri Reformasi" ke kawasan ini, teman rasa rakyat sekarang sudah semakin bijak untuk menilai sendiri apa yang berlaku disekeliling mereka.. Wallahualam...


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More