Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Monday 21 February 2011

Matlamat menghalalkan cara???

Akhirnya, seperti yang ramai telah ketahui...2 PRK akan diadakan serentak...Merlimau dan Kerdau...Kebetulan juga, bunyi akhirannya sama...Subhanallah...

Sedar tak sedar, sejak PRU-12 pada 2008, dah tak terkira dengan jari PRK yang telah dan akan diadakan. Setiap kali PRK sudah pasti, kesempatan yang ada, digunakan sebaik-baiknya oleh masyarakat setempat. Sehingga PRK diberi gelaran sebagai LUBUK EMAS oleh sesetengah pihak. Permintaan terhadap rumah-rumah sewa, hotel dan sebagainya akan melonjak tinggi.
Namun amat menyedihkan apabila, rumah-rumah ibadat, masjid dan surau juga dijadikan tempat tinggal sementara oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ikuti email di bawah:

Assalamualaikum. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.
Setiap kali pilihanraya kecil berlaku, maka masjid dan surau akan bertukar menjadi ‘ rumah tumpangan’ penyokong-penyokong Pas.
Kesucian rumah-rumah Allah ini tidak dipelihara. Kotor dan diwarnai dengan tingkal laku tidak beradap.
Saya, selaku pemerhati bebas pada setiap PRK sudah meluat dengan perangai hodoh juak-juak Pas ini. Kepada jawatankuasa masjid malah kalau boleh polis, tolonglah pastikan masjid, surau atau madrashah tidak dijadikan pusat penempatan gelandangan sepanjang PRK Merlimau dan di Kerdau.
Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan Pas bermaharajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka.
Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema’ah wanita dan sebagainya.

Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA
mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi’sabillillah.
Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi’sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
Mereka juga tidak segan – silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
Ingatlah Pas itu bukan Parti Islam. Pas itu parti yang bersekongkol dengan DAP si kafir harbi laknatullah. Jangan jadikan rumah suci Allah tempat membuat kotor. Cukuplah masjid di Kelantan kotor!!

HAJI Z
KUALA LUMPUR



AnakBD : Tak tau lah teman nak kabo macam mana lagi, kalau udoh juak-juak PAS ni memang dididik begitu oleh Tuan Guru Nicky Ajis...dan yang datang tu semua pulak di importnya dari kelantan tak hairan la perkara-perkara sebegini akan berlaku, hrmm faham-faham sendiri la yer...orang-orang yang dikatakan memperjuangkan islam ini lah yang sebenarnya mencemarkan keindahan Islam itu sendiri..Wallahualam...

sumber : Awekz bukit gantang

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More