Tulisan ini sebenarnya sudah lama ditulis oleh seorang Pengawai BTN iaitu pada 13-08-199.
Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk mempercayai apa yang ditulis oleh 'rakan' Saifuddin Abdullah ini.
Untuk makluman Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, yang dilihat lebih cenderung kepada pembangkang.
Lihat sahaja tindakan beliau menelefon Polis supaya melepaskan pelajar (kumpulan GAMIS) yang berkempen di Galas yang terang-terang telah melakukan kesalahan.
Anda baca dan nilailah tulisan dibawah ini :
"Saya adalah seorang yang kenal dengan Saufuddin semenjak di MCKK lagi walaupun saya awal sikit dari beliau. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia sedalam-dalamnya. Kami bukan berkawan sehari dua - tetapi sudah lebih dua puluh tahun kami saling mengenali sesama sendiri.
Perhubungan kami terus dikatakan rapat (mungkin kurang rapat selepas tulisan ini - itu pun saya rasa dari perspektif beliau). Sebagai rakan, tulisan ini adalah suatu yang patut diharapkan dari seorang rakan. Harus ada rakan yang memperingati kita.
Dalam banyak perjumpaaan, kerap kali Saifuddin menyatakan hasrat beliau untuk berjaya terus dalam politik.
Memang dahulu beliau menyanjung DSAI. Memangpun masih begitu (sekurang-kurangnya itulah yang diucapkan kepada saya ketikadalam suasana saya dan dia berdua sahaja). Malah pendirian ini bukannya pendirian dulu yakni sebaik sahaja DSAI dilucutkan.
Tetapi pendirian ini dinyatakan berkali-kali (dalam pertemuan kami) sebaik sahaja DSAI dilucutkan jawatan, selepas DSAI ditahan, dan yang terbaru selepas DSAI dihukum dan selepas beliau (SA) sendiri menyatakan secara terbuka tentang "sokongan" beliau terhadap Mahathir.
Kata beliau, itu adalah terpaksa dinyatakan.
Beliau mengaku telah punmendapat restu DSAI (walaubagaimana pun saya sangsi cerita ini) untuk kekaldengan Mahathir dan menjadi musuh dalam selimut bagi Mahathir.
Kata beliau,beliau mempunyai perancangan yang baik.Saya tidak percaya bab DSAI merestui. Sebabnya ialah saya pun kenal DSAIsecara rapat.
DSAI sebagai senior saya semasa di kolej dan kemudian semasa di UM (juga bersama dengan Saifuddin) saya pernah mendapat hint dari DSAI sendiri nama beberapa orang yang DSAI beri kepercayaan sepenuhnya, beberapa orang yang DSAI sangsi, dan beberapa orang yang DSAI langsung tidak percayai.
Biarlah saya tidak kategorikan Saifuddin di dalam kategori mana - cukup setakat saya sangsi apa yang beliau katakan di atas.
Namun, Saifuddin turut mempunyai beberapa kisah lama. Saya akan simpan dahulu- kerana saya masih mahu mengekalkan beliau sebagai kawan bukan bermusuh.
Cuma ini sekadar mengingati beliau.Beliau di dalam perancangannya, telah bersedia untuk melompat ke Barisan Alternatif (tapi hanya selepas pilihanraya - dan jika beliau menang DAN jikaAlternatif mungkin berjaya membentuk kerajaan.
cerita lanjut sila klik
AnakBD :Perjuangan kita dalam parti sehingga kehari ini adalah ikhlas kerana Allah Taala, demi mempertahankan Agama, Bangsa, dan demi anak-anak kita dimasa hadapan..Merujuk kepada isu diatas, sejujurnya saya ingin bertanya pandangan anda semua..siapakah yang benar-benar dikategorikan sebagai api dalam sekam, gunting dalam lipatan?? adakah Saifudin Abdullah atau sahabat karibnya yang berjanji setia bersama-sama dengan nya, namun dia telah mengambil keputusan untuk membongkarkan segala strategi, perancangan dan niat jahat Saifudin?? apakah pendapat anda mengenai isu ini...adakah wajar sahabat Saifudin tersebut juga kita gelarkan sebagai api dalam sekam, gunting dalam lipatan kerana telah mengkhianati beliau dengan membongkarkan segala rancangan jahat Saifuddin??
Sahabat2 pembaca yang dikasihi sekalian perkara begini terlalu banyak berlaku di dalam organisasi kita sendiri dimana kita seolah-olah tiada hak untuk memperbetulkan keadaan atau kemungkaran yang terlihat didepan mata kita sendiri sekiranya ianya melibatkan golongan teratas atau pemimpin.. Adakah mereka yang dilantik sebagai pemimpin ini terlalu sempurna?? sehingga tidak pernah melakukan kesilapan???Sebagai pemimpin pula adakah anda telah jalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi dengan sebaik-baiknya?? tepuk dada tanya iman....wallhualam..
BERUBAH SEBELUM REBAH... kembalilah ke jalan yang sebenar demi kebaikan bersama... kejayaan akan menunggu kita di hadapan sana...
0 comments:
Post a Comment