Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Sunday, 18 December 2011

Jangan Perkecilkan Mahasiswa-Nasrudin Hassan

1. Mahasiswa adalah " Agent of Change" dan ilmu yang mereka miliki meletakkan mereka sebagai intelek muda dan ia merupakan aset untuk mereka berani, yakin dan bertanggungjawab dengan tindakan yang mereka ambil. Mereka bukan lagi budak hingusan yang boleh ditempelak, dipulas telinga dan ditampar, apa lagi untuk diludah.

2. Mereka mampu bangkit membentuk gelombang "Third Force" yang berkesan ke arah membangkitkan ummah dari lena yang panjang lantas mencetus perubahan dan meletakkan negara selamat serta bebas dari anasir yang meruntuhkan peradaban seperti rasuah, pecah amanah, ketidaktelusan dan sebagainya.

3. Kerajaan sekali - kali tidak wajar mengkesampingkan tuntutan mereka apatah lagi memperkecilkan mereka. Saya lihat inilah masanya, mahasiswa menyusun kebangkitan lalu memposisikan diri mereka selayaknya, sesuai dengan ilmu dan semangat yang mereka miliki. Usah gentar berkelana di alam buana ini, menggalas cita - cita perjuangan. Tidak sekadar berjuang untuk membebaskan mahasiswa tetapi juga menggerak kesedaran serta kebangkitan rakyat.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada "thaurah" yang mula menampakkan rentak kebangkitan mahasiswa. Kini mereka mula melepaskan diri dari pasung puaka yang membelenggu leher mereka sejak sekian lama. Kami pastinya bangga dengan perkembangan ini.

5. Menuntut ilmu biarlah seiring dengan semangat perjuangan. Jangan abaikan salah satu dari keduanya. Ilmu adalah senjata berkesan bagi perjuangan yang kita dokong. Ada senjata tetapi tidak menghunusnya untuk perjuangan suci ini hanya memperlihatkan kita lemah. Demikian juga berjuang tanpa senjata [ilmu] membuatkan kita salah memilih hala tuju yang benar.

Saya ucapkan selamat berjuang, sabar dan tabah mendepani ujian buat seluruh Mahasiswa yang berani dan benar.

Nasrudin Hassan
~Ketua Dewan emuda PASMalaysia~

AnakBd: Ini adalah salah satu caranya pembangkang menghasut mahasiswa2 untuk menentang kerajaan. Kerajaan menyediakan segala kemudahan bagi pembelajaran mereka. Golongan intelektual muda ini amat diperlukan untuk kelansungan pembangunan dan kemajuan negara tetapi belum masanya..mereka perlu menghabiskan pengajian terlebih dahulu,seperti ibu bapa yang lain kalau boleh kerajaan mahu memastikan tiada satu pun anak2 yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat anak2 mereka .Teman faham darah muda ialah darah perjuangan, kesempatan inilah yang digunakan oleh pihak pembangkang ibarat "mencurah minyak ke api" dgn menggadai masa depan anak2 ini demi kepentingan politik mereka .Nasihat teman pada adik2 mahasiswa, perjuangan itu sendiri harus diletakkan ditempat yang betul. Kerajaan sama sekali tidak pernah memeperkecilkan mahasiswa, malah bergantung harap kepada golongan intelek muda ini, kerana suatu hari nanti merekalah yang akan mentadbir negara seperti mana ibu bapa berharap agar anak2 mereka menjadi anak yang berjaya dan dapat merubah kehidupan agar menjadi lebih baik suatu masa nanti.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More