Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Saturday 16 June 2012

Seminar Fiqh : Tangguh Haji- Mantan Sheikh Al Azhar sindir Nik Aziz sesat??

Mantan Sheikh Al Azhar menyifatkan mereka yang berpendirian bahawa haji boleh ditangguhkan untuk tujuan berkaitan dengan pilihanraya adalah sesat.

Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan bahawa itu ketika menjawab soalan bertulis daripada seorang peserta seminar tersebut.

Menurut Sheikh Mahmoud, sekiranya 100 ribu orang rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji pun tidak akan menjejaskan proses pilihanraya di negara ini dan tidak patutlah ibadah yang tergolong dalam perkara fardhu itu ditangguhkan hanya untuk membolehkan mereka mengundi!!

Walaupun tidak dituju kepada sesiapa tapi rakyat negara ini keseluruhannya sudah tentu tahu bahawa satu-satunya pihak yang menganjurkan kepada jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji pada tahun ini ialah parti PAS sahaja.

Itu menjadikan pandangan dan pendapat mantan Sheikh Al-Azhar ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang setakat ini diketahui menyokong pandangan Ketua Penerangan parti tersebut Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Nik Amar dan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More