Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H
30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.
Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang
HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.
Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh
Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.
Pas Rompak RM 100 daripada BR1M
Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.
Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi
Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.
Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.
Friday, 5 April 2013
#PRU13 #GE13 : Senarai Calon BN , PM akan buat kejutan #BNbagus #BetterNation #Transformasi #BN4U
PANAS!!! SENARAI CALON PENUH PEMBANGKANG
(Fri, 5 Apr 2013) - SENARAI CALON KEADILAN -PAKATAN RAKYAT (dikemaskini 05 Apr 2013 - 0030 hrs)
1. Tapah atau Bagan Datoh - Anwar Ibrahim (akan diumumkan dalam masa 24 jam) 2. Gombak - Azmin Ali (penyandang) 3. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar 4. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman 5. Batu - Tian Chua (penyandang) 6. Sembrong - Onn Abu Bakar 7. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein 8. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan) 9. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang) 10. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail 11. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang) 12. Padang Serai - N Surendran 13. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty 14. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub 15. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 16. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang) 17. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang) 18. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 19. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari 20. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) 21. Pandan - Rafizi Ramli 22. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 23. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh 24. Saratok - Ali Biju 25. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit 26. Baram - Roland Engan 27. Limbang - Baru Bian 28. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti) 29. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong 30. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan) 31. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan) 32. Batu Pahat - Dr Idris Jauzi 33. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung 34. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang) 35. Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (penyandang) 36. Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan) 37. Sibuti - Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan) 38. Tebrau - Steven Choong Siow 39. Muar - Nor Hizwan Ahmad 40. Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan) 41. Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan) 42. Labuan - Ibrahim Menudin (disahkan tetapi belum diumumkan) 43. Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak 44. Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid
SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemaskini 05 Apr 2013 -0030 hrs)
1. Gelang Patah - Lim Kit Siang 2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang) 3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang) 4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang) 5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera) 6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan) 7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan) 8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan) 9. Bentong - Wong Tack 10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang) 11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang) 12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan) 13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 14. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang) 15. Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (penyandang) 16. Batu Kawan - Dr P Ramasamy (penyandang) 17. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang) 18. Bukit Bintang - Fong Kui Lun (penyandang) 19. Teluk Intan - M Manogaran (penyandang) 20. Rasah - Anthony Loke Siew Fook (penyandang) 21. Bagan - Lim Guan Eng (penyandang)
SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemaskini 05 Apr 2013 -0030 hrs)
1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang) 2. Arau - Tuan Guru Haron Din 3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang) 4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang) 5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian) 6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan) 7. Pendang - Mohamad Sabu (disahkan jam 6.30 petang) 8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan) 9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang) 10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang) 11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang) 12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang) 13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad 14. Larut - Fauzi Shaari 15. Temerloh - Nasrudin Hassan 16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi 17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang) 18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan) 19. Jempol - Wan Aishah Wan Ariff
Sent from Samsung tablet
#PRU13 #GE13 : Notis Rasmi Pembubaran DUN Perak Diserah Kepada SPR -Datuk R. Ganesan #vote4bn #bnbest #betternation
R. Ganesan berkata, watikah itu diserahkan kepada Pengarah SPR Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 3 petang.
"Semalam DUN Perak telah dibubarkan. Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah telah menandatangani watikah pembubaran DUN Perak.
"Pada hari ini, saya datang ke SPR Negeri Perak untuk menyerahkan watikah bersama dengan surat pemberitahuan bahawa DUN Perak telah pun dibubar.
"Seterusnya SPR akan mengambil alih untuk mengadakan pilihan raya untuk DUN Perak," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Pembubaran DUN Perak diumum secara rasmi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada satu majlis di kediamannya, petang semalam selepas mendapat perkenan Raja Nazrin kira-kira pukul 3 petang semalam.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita samada beliau akan bertanding di kawasan DUN Hutan Melintang, beliau berkata, keputusan itu terletak di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.
Ganesan yang juga Timbalan Pengerusi MIC Negeri Perak berkata, parti berkenaan akan bertanding di empat kerusi dan pemilihan calon ditetapkan oleh Presiden parti.
MIC yakin akan memenangi semula semua kerusi yang terlepas ke tangan pembangkang disamping mempertahankan kerusi sedia ada.
"Keyakinan ini berdasarkan terhadap gerak kerja yang dilakukan MIC di peringkat akar umbi di seluruh negeri sejak empat tahun lalu," katanya.
Sent from Samsung tablet
Tuesday, 2 April 2013
Parlimen telah dibubar hari ini. #BNBagus #GE13 #PRU13 #Transformasi #BN4Malaysia #Najib4PM #Vote4BN #TolakPR
PETALING JAYA: Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.
Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.
Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet terkahir di Putrajaya.
"Najib dapat A" - Chandra Muzaffar #najibrazak
1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA
* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.
* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.
* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.
* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).
* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.
* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).
* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.
* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.
* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.
* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.
* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.
* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.
* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.
* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.
* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.
* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA
* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)
* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.
* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.
* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
* 5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.
* 24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.
* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.
* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.
* 28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.
* 28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.
* 15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.
* 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.
* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.
3. PENTADBIRAN
* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).
* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)
* 27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.
* 8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.
* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.
* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.
* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.
* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.
* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)
* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).
4. EKONOMI DAN KEWANGAN
* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.
* 22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.
* 27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.
* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.
* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.
* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.
* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).
* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.
* 23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.
* 23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.
* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.
* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).
* 11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.
5. LUAR NEGARA
* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand
* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.
* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.
* 30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
* 26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.
* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.
* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".
* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.
* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.
* 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.
* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.
6. TEKNOLOGI DAN INOVASI
* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.
* 15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.
* 28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.
* 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.
* 17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.
* 26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.
* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.
* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.
* 8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.
* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.
7. POLITIK
* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.
* 29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.
* 20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.
8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB
* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI
* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.
* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.
* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.
* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI
* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.
9. PENDIDIKAN
* 25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
* 7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.
Sent from Samsung tablet
Friday, 29 March 2013
Tak Patut Wikipedia Dedah Skandal Pemimpin Pakatan Rakyat
Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk "Malaysian Politician Sex Scandals" terdapat sekurang-kurangnya 6 orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian umum.
Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin kanan PKR. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.
Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual, ada yang selesa beraksi dalam tandas, ada juga yang pernah bermesra dengan pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah. Pun ada juga seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.
Pendek kata macam-macam ada, serba warna-warni kehidupan mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme agama lebih selesa bersama PR.
Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang wajib diperakui, namun kompilasi pendedahan yang tercatat itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut disertakan rujukan sahih yang lain.
Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.
Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal melibatkan pemimpin PR itu, pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka kenali rapat sekian lama. Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik angkat, isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti.
Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami, masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T.
Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah "Wallahi, Wabilahi, Wataallahi" atau pun memang masing-masing tiada keyakinan terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu akan menerima laknatnya, sukar ditentukan.
Terpulang pada diri pembaca untuk mentafsirkannya, tapi pepatah Melayu ada menyebut, "berani kerana benar, takut kerana salah" maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut bersumpah laknat.
Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang ulama, Ibn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.
Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.
Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu, tentunya ada sesetengah kita tak menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan skandal peribadi.
Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka. Tapi bagi segelintir orang, benda yang haram itulah yang sedap, betulkah?
Thursday, 28 March 2013
LORI TRANSFORMERS DI BAGAN DATOH
Pelik la diorang ni..berjanji macam-macam tapi nak tunaikan janji pada rakyat Selangor tak de duit..beli truck canggih, bas mewah , private jet ada pulak duit.
#ManifestoBukanJanji
Sent from Samsung tablet
Misteri angka 13??
Sebagai contoh kecil, di berbagai gedung tinggi di China, tidak ada yang namanya lantai 13 dan 14. Menurut kepercayaan mereka, kedua angka tersebut tidak membawa hoki. Di Barat, angka 13 juga dianggap angka sial. Demikian pula di berbagai belahan dunia lainnya. Kalau kita perhatikan nomor-nomor di dalam lift gedung-gedung tinggi dunia, Anda tidak akan jumpai lantai 13.
CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?
Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..
Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.
Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.
Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
Sent from Samsung tablet
Saturday, 23 March 2013
#MalamCintaRasul : Terbaik hanya di Malaysia
Muhyiddin tiba di lokasi majlis di sini pada kira-kira 9 malam tadi ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Program tiga jam itu, antara lain, menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf.
Malam Cinta Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - BERNAMA
MB Perak @ZambryAbdKadir mengalu-alukan Anwar ke Lumut
Kenyataan Pemuda PAS Perak yang mahu Anwar bertanding di Lumut membuktikan bahawa PR sudah ketandusan calon. MB Perak mengalu-alukan Anwar Ibrahim bertanding di Lumut. Bagaimana dengan PKR Lumut ? Takkan PAS sahaja berani mencalonkan Anwar di Lumut? Bagaimana dengan calon sediada? Apa kata Saifullah, Cikgu Razak dan Dr Shan? Mereka ini yang dikatakan akan bertanding di Lumut. Adakah ketiga-tiga mereka ini sedia memberi kerusi ini kepada Anwar ? Ternyata BN digeruni di Lumut hingga memaksa Anwar bertanding di sini. YAB MB menyatakan beliau hanya insan kerdil tetapi bersedia menghadapi siapa sahaja yang bertanding..Tapi beliau hairan mengapa PR terpaksa meletakkan Anwar. Sudah ketandusan calon rupanya PR nih. Kepada ketiga-tiga calon PKR..kalian tidak layak bertanding di Lumut. Yang Layak HANYA Anwar alJubs..
http://mynameblackpanther.blogspot.com/2013/03/zambryabdkadir-mengalu-alukan.html
AnakBD : Siapa pun yang terpilih kelak, ia tetap dianggap sebagai calon pembangkang dan BN Perak sama sekali tidak akan gentar menghadapi parti lawan pada PRU-13 nanti.
1 MALAYSIA
SOKONG NAJIB
TOLAK PAKATAN
MB Perak @ZambryAbdKadir umum calon-calon bagi negeri Perak
Barisan Nasional (BN) Perak tidak terkecuali membuat perubahan dalam mengenalpasti calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) agar ia dapat memberi signifikan kepada rakyat dan semua kawasan yang ditandingi.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata tidak penting samada ia kecil atau besar, perubahan itu sama sekali tidak boleh dielakkan.
"Ketika ini, pemilihan calon BN sudah di peringkat akhir dan kita sedang buat saringan keselamatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga kedudukan bangkrap atau sebaliknya.
"Saya juga ingin tegaskan bahawa mereka yang terpilih sebagai calon perlu memikul amanah yang diberikan dan bukannya menganggap sebagai satu keistimewaan.
"Dan bagi mereka yang tidak disenaraikan sebagai calon pula, mereka hendaklah menerima dengan hati terbuka kerana BN itu lebih penting dan memastikan parti itu terus berada di persada politik negara dan negeri ini," katanya.
Terdahulu, Menteri Besar Perak itu merasmikan Program RTM Merentas Kampung Bersama TM di Arena Square, Pulau Pangkor.
Mengulas lanjut, Zambry turut mengingatkan agar unsur sabotaj dielakkan bagi mengelak tragedi tsunami politik 2008 berulang kembali.
Pengalaman berada di bawah kerajaan pembangkang selama 11 bulan katanya, perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada BN.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan semua pihak perlu memberi keutamaan kepada BN daripada melihat individu-individu yang bertanding.
"Sudah pastinya kita akan memilih calon yang memiliki ciri disukai rakyat dan boleh membawa peluang kemenangan kepada BN," katanya lagi.
AnakBD : Teman mandapat maklumat bahawa calon yang disokong 100% oleh MB bagi Dun Rungkup dan Hutan Melintang ialah Dato Shahrul Yahya dan Dato R.Ganesan namun belum dipastikan kesahihannya..Jika benar tahniah diucapkan..Apapun kita tunggu sahajalah apabila Parlimen dibubarkan nanti dan calon diumumkan, teman juga percaya siapa sahaja yang akan dicalonkan akan mendapat sokongan padu dari seluruh parti komponen Barisan Nasional.
DI TOLAK PENGUNDI MELAYU, ANWAR TERPAKSA LARI KE KAWASAN CINA
Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin 'ANUgerah Tuhan' untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang. Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, 'ada cadangan' yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor. Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal 'ada cadangan' yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia 'TERPAKSA' untuk berpindah. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain." "Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan". Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas. Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya. "Isu kalimah Allah, adalah merupakan 'turning point' yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu" katanya yang enggan dikenali. Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi. Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, "If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau". Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara. Friday, 1 March 2013
Lahad Datu : Kerajaan UMNO/BN dalang???
Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah.
Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.
Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.
Kekacauan beginilah yang dikehendaki oleh pihak pembangkang didalam negara bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat dan stabil dibawah pemerintahan BN.
Ini semua merupakan agenda terancang Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kuasa dari kepimpinan kerajaan.
http://apakata.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-anwar-dalang-insiden-berdarah.html?m=1
AnakBd : cer @abby_abadi112 yang kuat meroyan tu tanya sendiri kat pak Nuar pujaan dia tu betul ke idak dakwaan kerajaan Filipina tu??
SATU MALAYSIA!!!
SOKONG NAJIB!!!
TOLAK PAKATAN!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lahad Datu : Takziah anggota yang terkorban..
Serbu Penceroboh, Tindakan Polis Adalah Betul
Berita yang baru diterima sebentar tadi berhubung insiden 'penaklukan' Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil.
Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.
Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.
Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan.
Menurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar.
Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk 'spin' apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan.
Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama.
Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.
Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.
Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah cipntaannya ini.
Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini.
AnakBd: Takziah kami ucapkan kepada anggota keluarga 2 orang perwira kita yang terkorban dalam mempertahankan tanah air tercinta ini iaitu Inspektor Zulkifli d an Koperal Sabarudin..Al-fatihah...
Kepada anggota keselamatan yang lain teman doakan supaya cepat sembuh..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Manifesto: PR kafirkan Orang Islam
Bukan itu sahaja, isu royalti yang setengah mati diperjuangkan puak-puak ini di Kelantan, turut tidak mendapat tempat di dalam Manifesto tersebut. Takkan Rafizi tertinggal kot. Khabarnya dia tidur dalam pejabat demi nak menyiapkan manifesto ni, itupun boleh tertinggal juga?
Macam tak logik.
Bagaimanapun, isu itu (royalti tertinggal) adalah perkara lain yang akan dibincangkan di masa yang lain juga. Hari ini, teman lebih nak menumpukan kepada perkataan-perkataan Islamik seperti disebutkan di atas yang tercicir (atau sengaja dicicirkan) dari Manifesto ini.
Suka atau tidak, kebelakangan ini, semua perlu menerima hakikat bahawa PAS sudah kembali kepada perjuangan asalnya, iaitu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud. Walaupun Muktamar 2011 sudah membuat ketetapan untuk menerima Negara Berkebajikan sebagai asas perjuangan yang baru, tapi sama ada kita semua sedar atau tidak, PAS tidak pernah mengatakan perjuangan negara Islam dan hudud ini digugurkan.
Ada? Confirm tidak ada.
Suka juga nak disebutkan, negara Islam dan hudud ini juga adalah 2 jenama politik PAS yang berkait rapat dengan Amanat Haji Hadi tahun 1981. Dalam amanat tersebut, UMNO dituduh kafir kerana menolak perundangan Islam (hudud) dan mengamalkan politik suku, agama suku. Ini boleh baca sendirilah dalam internet, tak perlu nak cerita panjang lebar.
Jadi, apa natijahnya bila sekarang PAS sendiri menerima manifesto yang di dalamnya tidak langsung menyebut tentang hudud dan Negara Islam? Yang kering air liur menuduh UMNO kafir kerana kononnya menolak Islam dulu, dah kemana hilang, bila perlembagaan 'Lord Reid' ini juga yang dipertahankan Pakatan Rakyat dalam manifestonya?
Ingat, Amanat Hadi memang dilancarkan tahun 1981, tapi falsafah itu dipegang hingga kini – 32 tahun selepas ianya mula disebut. Buktinya, kalau sesiapa tanya Nik Aziz sekarang, kenapa tolak UMNO, jawapannya ialah UMNO tolak Islam. Sudah tentu 'Islam' yang dimaksudkan Nik Aziz ialah perundangan Islam (hudud).
Kalau teman katakan penerimaan PAS terhadap Manifesto Rakyat yang mempertahankan perlembagaan sedia ada ini sebagai mengkafirkan orang Islam, agak-agak PAS setuju tak? Kalau tak setuju, kenapa? Bukankah ia tak selari dengan tafsiran PAS mengenai perlembagaan ini dulu?
Kononnya, perlembagaan Negara sedia ada ni kan perlembagaan kafir, penjajah, Lord Reid yang buat kata PAS. Tapi siapa sangka ya, kemudiannya dia juga bersama-sama dengan DAP dan PKR pertahankan (secara bertulis lagi) perlembagaan sedia ada!!
Inilah padahnya kalau mempolitikkan agama. Sampai satu masa Tuhan nak tunjuk, habis bercanggah dengan apa yang dia juga cakap dan buat dulu.
Kesimpulannya, dengan perkembangan sekarang, semua ahli PAS perlu bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula. Mana yang dah meninggal dunia kerana percayakan perlembagaan Negara kafir seperti yang didakwa Hadi dan PAS, dosanya akan ditanggung oleh sesiapa yang terlibat.
Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw "..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.." [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]
Allahualam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
OPPOSITION’S MANIFESTO REFLECTS ACT OF DESPERATION, DEVOID TRUE CONTENTS AND INTELLIGENCE
The manifesto truly seems like a piece of paper done in a rush manner without true research in every aspect of economy and human needs and desire.
The manifesto looks as though it is just a piece of propaganda item that serves just to attract people for a few hours and then forgotten, like a flyer offering special discounts and limited products.
It is a pity that a manifesto that is supposed to be a party's commitment towards enhancing the lives of the people and developing a country has been made to look like just an offering of discounts on products in supermarkets.
Malaysians who are voters should ask why the opposition pact does not put importance in putting up a realistic manifesto that reflects the maturity and wisdom of the parties?
Why the pact did not put serious thoughts in drawing up the manifesto so that voters can make evaluation and judge when comparing it with the ruling BN manifesto?
Why the leaders of the pact erred and left out many more important matters in the manifesto and then when queried simply reply the manifesto cuts across races and creed, and oil royalty for states in peninsular have been overlooked.
What a joke…when a leader or leaders and their men overlooked such important matters in a written document that is to be the parties' pledge and promise, does voter think these people are serious in wanting to run the country?
Voters knew already these people (opposition pact leaders and members) have yet to fulfill any of the item in the manifesto – pledges and promises – made in 2008 and now a new promise is put forward to attract.
The REALITY is that the opposition pact is devoid of content and intelligence as what they have put up thus far and shouted out loud are just empty talks or the Malays termed them as OMONG KOSONG.
The pact does not even know the depth of the country's economy, the taste and needs of the young people, the feelings and desires of the middle-age Malaysians – in short leaders and members of the pact are not 'touching base', not feeling 'real pulse' of Malaysians.
What they have shown and reflected in the manifesto is an act of desperation, an act of damage control to sustain their existence and relevance as they already see the writing on the wall that their days are numbered.
They know support for them have been on the decline and add to that the libel suits they are getting from voters who trusted them with their votes in 2008.
Besides, supporters are running away when they see leaders of the three parties are embroiled in clashes in many issues that will not any end while within the parties themselves, politicking and back-stabbing take centre-stage.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, 28 February 2013
Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai
Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.
Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.
Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.
Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.
PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.
Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.
Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.
Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, 27 February 2013
Team Unit Media Baru ( UMB ) Perak Cetuskan Revolusi Baru Media Cyber Di Negeri PERAK ???
Kini sudah tiba masa untuk UMB Perak dilihat umum sebagai antara salah satu badan yang bertanggungjawab mempertahankan MB Perak dan Kerajaan negeri dari di fitnah oleh cybertrooper pembangkang!!!
Koordinasi secara tersusun pada kali ini membawakan fakta yang jelas secara terus kepada masyarakat supaya fitnah tidak berleluasa daripada cybertroopers Pembangkang disamping memastikan hak rakyat disampaikan secara holistik supaya rakyat tidak tertipu dengan dakyah-dakyah pembangkang yang ketandusan isu mengenai Kerajaan Negeri Perak sebelum Pilihanraya ke 13(PRU13)
http://redahkasipecahperak.blogspot.com/2013/02/panas-team-unit-media-baru-umb-perak.html?m=1
Anakbd: Syabas team UMB13 Perak sebagai cybertrooper walaupun kadangkala tugasnya dianggap enteng ,malah lebih teruk ada sesetengah pihak yang menghina dan mengeji tugas sebagai cybertrooper namun cytro tidak akan pernah mengenal erti putus asa untuk menyampaikan kebenaran kepada masyarakat demi mempertahankan Agama Bangsa Dan Negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



















.jpeg)

.png)















