Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Thursday 12 September 2013

Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2013.



Anugerah Inovasi Sektor Awam 2013 Di Teluk Intan

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2013 bagi mengiktiraf inovasi dan pencapaian cemerlang sektor awam dalam empat bidang pengurusan utama akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan, Perak Khamis.


Majlis disempurnakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa itu bertemakan 'Mencabar Kemustahilan, Mencipta Keunggulan', menyeru penjawat awam untuk menyingkap tirai keterasingan dan memecah tembok kemustahilan yang menghalang pelaksanaan perkara yang melangkaui norma.

Menurut kenyataan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Rabu, penganugerahan untuk empat bidang pengurusan utama ialah Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pengurusan Kewangan, Pentadbiran Daerah dan Tanah, dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Proses pengenalpastian dan penilaian calon-calon bagi empat kategori tersebut dilaksanakan oleh panel penilai yang diterajui oleh empat agensi iaitu:

Mampu bagi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT);

Kementerian Kewangan bagi Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK);

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bagi Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT); dan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT).
                                                             sumber : Shahril

Pemenang bagi setiap kategori anugerah akan menerima ganjaran wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

AISA merupakan anugerah peringkat kedua tertinggi dalam struktur pengiktirafan sektor awam selepas Anugerah Inovasi Perdana Menteri.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More