Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Showing posts with label Politik Semasa. Show all posts
Showing posts with label Politik Semasa. Show all posts

Sunday, 22 January 2012

Kos baiki KD Mutiara ditanggung MMHE - Zahid


BAGAN DATOH 22 Jan. - Kos membaiki kapal KD Mutiara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar di limbungan Malaysian Marine and Heavy Engineering (MMHE) Sdn. Bhd. di Johor baru-baru ini akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat perkapalan itu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerosakan KD Mutiara tidak akan ditanggung oleh TLDM kerana insiden tersebut berlaku ketika MMHE sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan kapal itu di limbungannya.
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan MMHE akan membuat tuntutan kepada syarikat insurans berhubung kejadian tersebut.
''Kita harap syarikat MMHE dapat menyegerakan tuntutan kepada pihak insurans kerana kita tidak mahu melambat-lambatkan kerja pengukuran hidrografi yang dijalankan oleh kapal itu.
''Memandangkan kapal itu tidak dapat digunakan, TLDM akan menggunakan kapal lain dengan peralatan sementara bagi melakukan pengukuran di sempadan perairan kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam pada 12 Januari lalu, kapal KD Mutiara terbakar di limbungan MMHE di Pasir Gudang yang mengakibatkan lebih separuh kapal tersebut musnah.
KD Mutiara merupakan kapal empat tingkat sepanjang lebih 70 meter yang berusia 35 tahun dan digunakan untuk tujuan pengukuran hidrografi dan oseanografi.
MMHE dalam kenyataannya baru-baru ini memberitahu, kerja-kerja baik pulih kapal tersebut sedang giat dijalankan dan dijangka siap menjelang Mei ini.
Zahid berkata, pihak TLDM akan mendapatkan butiran terperinci daripada syarikat tersebut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

''Kita sebenarnya yakin atas kemampuan MMHE dalam menjaga keselamatan kapal di limbungannya, kita harap mereka lebih berhati-hati agar kejadian seumpama ini tidak berulang," ujarnya. -UM

Wednesday, 18 January 2012

Adam Adli buat hal lagi, berdemo di SOGO dan PWTC.

Tak habis2 lagi budak ni, nak tunjuk samseng ke apa..mentang2 la dia mendapat jaminan daripada pak Nuar yang tiada siapa yang boleh apa2kan dia, maka dia pun ingat dia boleh buat apa sahaja.

Boneka Anwar untuk ditarik perhatian ini, hari ini membuat demontrasi di kawasan SOGO kemudian berkumpul di markas PAS di jalan Chow Kit .

Kononnya demontrasi ini membantah penggantungan Adam Adli dr UPSI! Walhal dia digantung bukan salah siapa, salah sendiri yang bertindak mengikut emosi, nak glamor kot. Takkan nak diperagungkan tindakan salahlaku tu! Dia buat salah, bukan dia seorang je yang menangung malu, UPSI pun malu juga!

Info yang diperolehi dr sahabat cyber (jam 3.30 petang) telah menuju ke PWTC dan buat kecoh di sana. Tapi hasrat mereka terbantut kerana panglima gagah Pemuda UMNO siap siaga menanti kedatangan mereka di pwtc. Maka lintang pukang cabut melarikan diri.

Tindakan-tindakan mereka ini jelas menunjukan ketidakmatangan mereka. Tapi bukan itu persoalannya, perkara utamanya ialah kerana segelintir golongan mahasiswa tidak matang yang bertindak seperti anak2 kecil ini akan merosakan nama mahasiswa yang lain juga nama Universiti mereka.

Sumber : Blog CyberTrooper pu3

Dr Yunus ganti Hasan Ali - Pelan 'parasit' tergendala???


SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.
Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.


Dalam PAS pula, Dr Ahmad Yunus adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Langat, Selangor.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.




Perawakan
Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.
Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad.

Sumber : HarakahDaily








AnakBD : Dengar cerita, Sultan Selangor tak perkenan cadangan perlantikan Dr. Rani sebagai exco. Mengapa Sultan tidak perkenan cadangan tersebut? Adakah Sultan Selangor juga telah maklum dengan perkara aib yang bakal didedahkan. Sultan dikhabarkan memperkenankan Dr. Yunus ADUN Sijankang menjadi pengganti kepada Hasan Ali yang dipecat 8 Jan lalu.


Pelan kumpulan parasit tergendala la nampaknya. Makin panas situasi sekarang....hotzzzz

Tuesday, 17 January 2012

Hasan Ali jawab isu pemecatan, parasit dan Anwar Ibrahim



Hasan Ali pada sidang akhbar dikediaman beliau semalam mengulas.


"Kes melibatkan saya dengan parti telah diharmonikan dengan sepenuhnya. Bagi saya pemecatan saya sebagai ahli Pas adalah kerana saya menyentuh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Himpunan 901.


Saya telah menasihatkan ahli-ahli Pas khususnya mahasiswa dan mahasiswi supaya tidak menghadiri himpunan tersebut. Kes tersebut adalah kes peribadi melibatkan seorang pemimpin. Bagi saya mahasiswa dan mahasiswi sepatutnya menumpukan perhatian kepada pengajian berikutan dengan minggu peperiksaan yang sedang berjalan ketika itu.


Perlu disebutkan kenyataan saya dilihat selari dengan kehendak Presiden Pas sendiri yang tidak menggalak dan tidak juga melarang ahli menyertai perhimpunan tersebut.


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melenting dengan kenyataan tersebut dan meminta pucuk pimpinan Pas segera memecat saya. Keesokan harinya Jawatankuasa Pas Pusat bersidang dan memutuskan secara drastik bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli Pas tanpa memberi peluang kepada saya membela diri terhadap tuduhan-tuduhan yang saya sendiripun tidak dimaklumkan sehingga hari ini.


Pemecatan saya itu tidak menggunakan prosedur yang biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik. Lazimnya tertuduh diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan bertulis yang dikenakan kepada pihak tertuduh.


Bagi saya, Pas pusat yang sepatutnya mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam berorganisasi telah tidak mematuhi prinsip-prinsip tersebut di atas. Jelas keputusan itu dibuat secara autokratik dan menyimpang daripada asas-asas mengurus manusia dalam organisasi mengikut prinsip-prinsip Islam.


Saya yakin Presiden Pas dan lain-lain pimpinan ulama faham tentang asas-asas disiplin melibatkan manusia dalam organisasi berpandukan kepada Islam tetapi pengaruh golongan parasit dalam Pas begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka.


Inilah yang sedang berlaku dalam Pas. Golongan parasit dengan jumlah yang lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah arah tuju Pas termasuk dalam kes pemecatan saya ini.


Saya hairan dan cuba mencari hujah yang digunakan oleh pimpinan Pas waktu membuat keputusan memecat saya. Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telah pun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi. Saya juga hairan bagaimana Pas boleh tunduk dengan tekanan dari PKR yang meminta saya dipecat. Apakah Pas sudah hilang maruah?"




Ulas beliau ketika ditanya mengenai pemecatan beliau sebagai ahli PAS dan juga Exco Kerajaan Negeri selangor. 


Hasan Ali juga mengulas bahawa beliau tidak ada masalah di atas pengguguran beliau sebagai Exco. " Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya. Bagi saya, ini adalah asam garam perjuangan. Perkara ini tidak sedikitpun menganggu hasrat saya untuk memperjuangkan sesuatu yang paling murni dalam hidup seorang insan iaitu mengagungkan Islam.


Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan tergesa-gesa ini seolah-olah menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya. Walhal dari segi pengguguran ahli Exco saya sepatutnya masih ada tiga minggu lagi tempoh bertenang untuk membuat keputusan yang terbaik."


Apabila ditanya mengenai siapa parasit didalam Pas, ini ulas beliau.


"Saya diberitahu Pesuruhjaya Pas Selangor dan timbalannya mencabar saya menamakan siapakah parasit yang dimaksudkan. Soal parasit ini pernah saya sebut dalam satu program, sebelum ini. Saya dan teman-teman sebenarnya bercadang untuk mengadakan ceramah-ceramah luar yang berbentuk road show. Saya telah menerima jemputan hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah. Tujuan road show ini adalah untuk menerangkan kedudukan sebenar. Pertama, mengenai pemecatan saya daripada Pas dan keduanya, pengguguran saya sebagai Exco kerajaan Selangor. Jadi ketuanya saya tidak umumkan hari ini pengikutnya juga saya tidak umumkan hari ini. Marilah bersama-sama dalam road show saya akan datang dan saya akan maklumkan kepada tuan-tuan."


Ini pula komen Hasan Ali mengenai pertikaian Anwar Ibrahim mengenai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.


"Saya tidak akan bersetuju apa-apa cadangan untuk membenarkan kegiatan homoseksual, lesbian atau apa jua bentuk kegiatan tidak bermoral. Dalam isu ini saya juga akan rujuk kepada ulama kerana pendirian ulama bersandarkan hukum-hukum terdapat di al-Quran, al-hadis, qias dan ijmak. Ini bukan persoalan moral yang terasing dan kita harus ingat isu moral berkaitan dengan agama. Walau apa pun saya akan akur dengan pandangan ulama sama ada ulama di dalam Pas mahu pun di luar Pas berhubung isu yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim bersama teman-temannya yang lain."







Monday, 16 January 2012

Ada apa dengan Anwar???


ANWAR IBRAHIM -
"Walaupun kelihatan mempunyai tokoh kepimpinan berkarisma serta seorang pemidato yang meyakinkan, nama baik Anwar kini sudah semakin luntur dan semakin dibenci ...".
"Beliau sekalipun masih diterima oleh rangkaian rapatnya, pada usia 64 tahun Anwar dilihat begitu jauh dan kini dilabelkan sebagai seorang tokoh yang semakin tidak dipercayai oleh generasi muda Malaysia ...".

Dalam artikel yang bertajuk "The End of Sodomy 2.0 "itu juga ada menyatakan
"Anwar yang sepatutnya menjadikan PKR sebagai sebuah parti politik yang terbuka dengan suntikan pelbagai idea segar, sebaliknya menjadikan parti politiknya itu HAK MILIK KELUARGANYA serta penuh dengan perbalahan dalaman ..." - The Economist, 14 Jan 2012

untuk artikel penuh klik sini


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 15 January 2012

Menghadiri Majlis-Majlis Perkahwinan Parlimen Bagan Datoh





Dalam pada kesibukan menjalankan tugas sebagai sebagai Menteri Pertahanan Malaysia Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa menghadiri Majlis-majlis perkahwinan di kawasan Parlimen Bagan Datoh setiap minggu. Beliau akan cuba meluangkan masa untuk menghadiri setiap jemputan tanpa mengira fahaman politik.



Friday, 13 January 2012

Rani Osman bakal ganti Hasan Ali- Disebalik Suara PAS


Sultan Selangor semalam perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi semalam.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".

AnakBD : Walaubagaimanapun ura-ura yang didengar Dr. Rani Osman bakal dilantik Khalid Ibrahim bagi memegang jawatan Exco Agama Islam Negeri Selangor bagi menggantikan Dr. Hassan Ali yang dipecat dari PAS. Untuk rekod, Dr. Hassan Ali dipecat adalah kerana perjuangannya untuk memulihkan imej PAS yang dilihat telah menyeleweng jauh dari perjuangan asal. Dr. Hassan Ali juga dilihat konsisten dengan gesaannya agar PAS tidak menyertai perhimpunan bebaskan Anwar dimana PAS adalah rakan strategik gerakan itu.

Pengaruh Anwar dan projek Islam Liberal Malaysia-nya kelihatan sudah mula menampakkan hasil apabila jarum suntikan telah berjaya ditusuk kedalam PAS yang kelihatan tidak konsisten dengan matlamat perjuangan mereka sejak PRU 12. Dengan bermodalkan Khalid Samad, Mat Sabu dan Dr. Rani Osman beliau yakin PAS dan seluruh ahli akan berjaya ditawan.

Perjuangan Dr. Hasan Ali yang mahu memartabatkan syiar islam disamping menjaga keistimewaan orang Melayu juga telah membimbangkan DAP. Maka beliau dianggap sebagai liabiliti kepada PR dan perlu disingkir.

Tuesday, 10 January 2012

Karpal , Anwar bercakaran??


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menyangkal dakwaan anak guamnya yang menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia.

Sebaliknya Pengerusi DAP itu menegaskan, ia adalah keputusan badan kehakiman berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.

"Tidak, ia (keputusan) tiada sebarang kaitan dengan kebimbangan kerajaan seperti yang didakwa oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Anwar dalam satu temuramah dengan agensi berita asing AFP mengaitkan keputusan mahkamah itu ekoran kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.

Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tidak cukup bukti.Karpal berkata, keputusan badan kehakiman dan kebimbangan kerajaan adalah dua perkara berbeza - UM.

Anak BD : Walaupun keputusan mahkamah kelmarin mengecewakan jutaan rakyat Malaysia namun, berpegang dengan kata-kata dua penguam bela Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh dan Sangkara Nair yang turut mengakui bahawa hubungan sejenis telah berlaku diantara kedua-dua Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari. Ini jelas membuktikan bahawa Karpal yang juga sahabat karib Anwar sudah tidak sependapat lagi dengan beliau.. Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat ??

Sunday, 8 January 2012

Anwar mengaku bersalah ?? Demonstrasi atasi keputusan penghakiman


Apabila mahkamah jalanan berkuasa, keamanan dan ketenteraman negara akan musnah

SEMUA pihak hendaklah menghormati apa juga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam kes liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak kira apa jua keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah, ia bukanlah jalan terakhir untuk mana-mana pihak mencari kebenaran.

Menurut seorang peguam, Ikbal Salam, mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan hakim masih mempunyai ruang luas untuk membuat rayuan di hadapan hakim mahkamah lebih tinggi.

Lebih daripada itu, katanya, luahan sokongan kepada mana-mana individu bolehlah diterjemahkan dalam kertas undi dalam proses pilihan raya yang didukungi oleh Perlembagaan Persekutuan negara.

Anwar, 64, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau mengaku tidak bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabitan kesalahan.

Perbicaraan kes liwat itu yang mendapat tumpuan meluas bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.
Kata Ikbal, walaupun ramai yang mencadangkan agar kes Anwar dilihat sebagai satu pertentangan keadilan antara Ketua Pembangkang itu dan Saiful Bukhari Azlan, kita tidak mungkin boleh mengelak implikasi keputusan mahkamah berkenaan terhadap senario politik negara keseluruhannya.

Ini kerana Anwar dicanangkan oleh pembangkang sebagai bakal perdana menteri ketujuh. Penghakiman yang bakal dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilihat akan melangkaui batasan peribadi individu dan digambarkan pula sebagai pertentangan antara pembangkang dan kerajaan.

Bagaimanapun, kata Ikbal, Saiful bukan dan tidak pernah menjadi wakil parti memerintah. Sikap dan pemikiran ini tidak sepatutnya diterima oleh rakyat negara kita.

Peguam berkenaan, yang dihubungi berpendapat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kecenderungan politik mereka, hendaklah memberikan keyakinan tinggi terhadap integriti institusi kehakiman kita memandangkan sebarang usaha untuk membuka ruang agar keputusan mahkamah ini dibawa ke jalanan akan membuka ruang kepada pelbagai anasir lain.

Ini sudah tentu boleh mengancam ketenteraman negara. Justeru, beliau berpendapat apa pun penghakiman yang ditetapkan oleh mahkamah hari ini bukanlah jalan terakhir untuk mana-mana pihak.

"Sesiapa pun yang tidak puas hati dengan keputusan seorang hakim masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," tambahnya.
Adalah tidak adil untuk mana-mana pihak meletakkan jalanan sebagai kaedah bagi mengatasi keputusan mahkamah.

Jika ditakdirkan satu hari nanti parti pembangkang pula yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan, pihak yang satu lagi juga mampu dan boleh mengumpulkan ramai orang untuk membuat protes 'ala Medan Tahrir' dan akhirnya kerajaan yang ditubuhkan adalah atas dasar tekanan dan desakan jalanan yang tidak mampu berdiri menjadi kerajaan yang kukuh, kata Ikbal.

Katanya, apabila mahkamah jalanan mengatasi mahkamah sebenar, tunggulah kebinasaan yang akan wujud terhadap keamanan dan ketenteraman negara yang kita kecapi selama ini.

"Sementara Indonesia yang sentiasa menjuarai acara demonstrasi bangkit menjadi negara yang makin bergerak pantas dalam bidang ekonominya, kita pula sebaliknya menjadi juara baru untuk meletakkan semua perkara di jalanan.

"Kemajuan dan ketenteraman yang kita rasai selama ini boleh dihancurkan dengan sekelip mata dek kerana kerakusan ahli politik yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kuasa.

"Hormatilah juga hak rakyat terbanyak yang mahu agar negara kita dapat terus mengekalkan keamanan dan jangan fikir keadilan hanya untuk seorang dua rakyat terpilih," kata Ikbal.

Ini adalah pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar selepas sebelum ini didakwa meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar. Bagi dakwaan itu, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.- BH

AnakBD : Berapa ramai lagi yang perlu berkorban dan terkorban kerana kepentingan individu bernama Anwar ini?? Apa pun yang berlaku percayalah pada Qada' dan Qadar Allah SWT. Kerana dia lebih mengetahui segalanya. Tidaklah Dia menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Anwar Ibrahim bukanlah matlamat perjuangan kita untuk mencapaikejayaan untuk Agama, Bangsa dan Negara. Maka segala-galanya kita serahkan kepada pemilik segala kemuliaan dan kekuasaan

“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatNya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya, orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan) adalah bagi mereka azab seksa yang berat, dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.” (al-Faatir:10) Tetapi di tempat lain dalam al-Quran, Allah SWT juga berfirman: “Dan milik Allahlah kemuliaan itu dan bagi rasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.”(al-Munafiqun:8)

Maka jelasnya, sebagaimana Allah SWT berhak memberikan apa saja, kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.W/A


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR MENGAKU BERSALAH?? :SENARAI JALAN-JALAN YANG DITUTUP SEMPENA PERHIMPUNAN 901 BEBAS ANWAR!!


Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9.1.2012 kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.

Berikut merupakan senarai jalan-jalan yang terlibat :-
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah

2. Jalan Kuching

3. Bulatan Segambut

4. Jalan Khidmat Usaha

5. Jalan Ibadah

6. Jalan Dutamas

7. Jalan Persiaran Dutamas

8. Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-

1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.

2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.

3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.

4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.

(sumber http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia)


AnakBD : ermmm ni tak ke namanya menyusahkan orang awam ...haihhh..lotih nak komen pasal kes anu_WAR ni..Anda nilaikanlah sendiri..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hassan Ali dipecat!!

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PA

AnakBD : Tindakan Hasan Ali akhir2 ini yang dikatakan secara terang-terangan serta menggunakan media sebagai platform untuk menentang kepimpinan PAS telah mencabar mereka untuk bertindak. Seperti yang dijangka, akhirnya dia dipecat kerana tidak sebulu , sependapat dan mahu menarik diri dari terus menjadi kuda tunggangan DAP, sedangkan dasar PAS sekarang adalah matlamat menghalalkan cara. Buat apa sahaja, termasuk menguburkan perjuangan melaksanakan Hudud dan Negara Islam asalkan mereka terus kekal berkuasa di beberapa negeri bersama DAP.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 1 January 2012

Demonstrasi Pelajar Di UPSI Bakal Cetuskan ‘Bala’ Baru

Dalam peristiwa subuh tadi, 15 orang pelajar UPSI yang terlibat dengan BEBAS dan SMM telah diberkas oleh pihak polis selepas mereka enggan bersurai dan merempuh Pasukan Polis Simpanan Persekutuan yang ditugaskan mengawal keadaan di hadapan pintu pagar UPSI. Dalam 'serangan' itu juga, dua orang pelajar iaitu Safwan Anang dari Universiti Malaya dan Amar Rasyidi mengalami kecederaan.

Menariknya, Safwan Anang cuba diperlihatkan sebagai mangsa serangan ganas pihak polis. Jentera propaganda Pakatan Rakyat mencipta berita 'gruesome' dengan mengatakan Safwan Anang berada dalam keadaan kritikal dan nazak kesan pukulan cota dan layanan kasar pihak polis. Bagaimanapun, cerita tentang nazak dan kritikal itu sebenarnya adalah ulangan skrip yang cuba dilakonkan oleh Anwar Ibrahim dan Suradi, lelaki beristeri dua yang identiti serta latar belakangnya didedahkan oleh blog-blog pro-Kerajaan semasa pasca BERSIH 2.0 beberapa bulan lepas.

Kebebasan Akademik dan Penghapusan AUKU menjadi modal yang sangat mujarab di kalangan pelajar-pelajar universiti yang diketuai oleh BEBAS dan SMM. Kedua-dua entiti tersebut seperti yang diketahui sememangnya merupakan jentera propaganda Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di kalangan mahasiswa. BEBAS dan SMM mengakui mereka mewakili majoriti pelajar-pelajar universiti walaupun hakikatnya jumlah mereka adalah minoriti.

http://youtu.be/mvwn1TVX8m8

Terbukti jelas dalam demonstrasi yang ditunjukkan di hadapan pintu pagar UPSI subuh tadi, keterujaan kerana mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, khususnya PKR, mendorong pelajar-pelajar yang tidak memikirkan masa hadapan mereka, bertindak menghitamkan masa hadapan mereka sendiri.

Trend melawan kerajaan cuba diwujudkan oleh Anwar Ibrahim dan gerombolannya di kalangan para pelajar universiti. Menentang kerajaan dianggap sebagai satu perbuataan yang COOL. Manakala mengikut dan akur dengan tugasan sebenar mereka selaku pelajar dianggap sebagai POYO.

Sebenarnya, Akta AUKU yang ditentang oleh gerombolan seperti Adam Adli merupakan sebuah akta yang digunakan untuk mengekang kebebasan keterlaluan, bahkan memberi peluang kepada para pelajar universiti tersebut menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran untuk menghadapi realiti kehidupan sebaik-baik sahaja tempoh pembelajaran mereka tamat.

Dalam kejadian semalam, hanya dua orang pelajar UPSI yang ditahan – seorang lelaki dan seorang perempuan bernama Lulu Yuna. Selebihnya daripada 17 orang yang ditahan itu adalah pelajar-pelajar UNISEL, UIA dan MSU.

Berdasarkan kepada video yang dipaparkan oleh portal ANTARAPOS, pihak polis telah memberikan ruang serta masa untuk gerombolan pelajar tersebut berucap dan menjalankan upacara TALKINKAN AUKU. Namun arahan bersurai yang dikeluarkan oleh pihak polis tidak diendahkan langsung. Sebaliknya para pelajar tersebut, berusaha memecahkan pintu pagar utama UPSI dalam apa yang mereka gelarkan sebagai MENAWAN DAN MEMBEBASKAN UPSI.

Gelagat sebegitu, sudah tentu mendorong pihak polis untuk bertindak bagi menyuraikan sebarang masalah yang bakal ditimbulkan. Dan sebenarnya itulah yang diperlukan oleh budak-budak universiti tersebut. Pemantauan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR yang turut berada di bahagian belakang agar demonstrasi tersebut mengikut skrip yang telah mereka karang, jelas membuktikan niat jahat PKR untuk melihat kemusnahan masa hadapan pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera. 

Alasan kononnya, demonstrasi tersebut akan membuka minda para pelajar universiti untuk mengambil tahu hal dunia dan negara sememangnya adalah alasan yang paling bodoh pernah kita dengar. Pernahkah kita mendengar bagaimana PKR dan Pakatan Rakyat cuba membuat demonstrasi di hadapan kampus induk pusat-pusat pengajian tinggi swasta terutama sekali yang bukan dimiliki oleh kerajaan negeri? Mengapa agaknya PKR dan Pakatan Rakyat tidak menghasut para pelajar di institusi pengajian tinggi swasta untuk berdemonstrasi dan melupakan tentang pelajaran semata-mata untuk menyatakan solidariti mereka kepada Anwar Ibrahim?

Sudah tentu para pemimpin Pakatan tidak akan berbuat begitu memandangkan kebanyakan institusi pengajian tinggi swasta mempunyai peraturan yang jauh lebih ketat dan lebih membimbing para pelajar mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik berbanding terlalu mahir dalam bidang politik.

Bala untuk generasi muda Melayu-Bumiputera seandainya perkara sebegini terus dibiarkan dan gelagat bebas hasutan para pemimpin PKR khususnya tidak dikekang dari awal oleh golongan pelajar sendiri!

Sumber : Perak Today

AnakBD : Haihh letih la dgn diorg ni. Secara peribadi teman rasa AUKU tidak perlu dipinda, jika mereka mengatakan suara mahasiswa harus didengari, rasanya sekarang ni pelbagai platform boleh digunakan untuk menyalurkan pandangan dan pendapat..melalui youtube, facebook, twitter..Malah mereka juga boleh melahirkan idea dan pendapat melalui sidang meja bulat..Kerajaan telah mengaplikasikan semua kemudahan media baru untuk berkomunikasi dengan semua golongan termasuklah mahasiswa.
Title 'mahasiswa' juga bukanlah dipegang seumur hidup, cuma 2-3 tahun sahaja jadi mereka harus letakkan lah title tersebut ditempat yang sepatutnya jangan duk sibuk nak berpolitik sehingga pelajaran terabai. Setiap tahun statistik menunjukkan berapa ramai mahasiswa yang terkandas atau tidak berjaya menamatkan pengajian kerana beberapa faktor, rasanya tak perlukan penambahan faktor, lagipun dunia politik terlalu besar untuk mahasiswa. Kepada adik2 ni tamatkan pengajian dulu lepas tu nak berpolitik, politik la tak de siapa yang nak marah.

Thursday, 29 December 2011

Harakah kantoi tipu lagi?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

"Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

"Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, "sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia."

"Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan," katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

"Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

AnakBD : Sekali lagi kredibiliti akhbar yang juga suara rasmi PAS ini dipertikaikan oleh bukan sahaja pro-kerajaan ( umno/bn) malah oleh kepimpinan PAS sendiri kerana memutar-belitkan fakta, yang tak ada diadakan, fitnah tak payah cakap la. Rakyat semakin buka mata apabila jualan akhbar Harakah dikatakan semakin merosot, Begitu juga dengan HarakahDaily laporannya semakin merapu. Jika Harakah merupakan suara PAS suka menabur fitnah dan memutar-belit untuk kepentingan politik apatah pula kepimpinannya, inikah barisan kepimpinan yang dimahukan rakyat mempermainkan agama, memutarbelitkan fatwa hanya untuk berkuasa.

Tuesday, 20 December 2011

Panas - Anwar herdik mahasiswa yang menentang AUKU

Inilah Pemimpin yang paling lantang mempertahankan AUKU 1 ketika dahulu. Inilah dia Pemimpin yang mencerca dan mengherdik Mahasiswa yang menentang AUKU. Kini dialah yang memperkudakan Mahasiswa kononnya menentang AUKU sebagai jalan mudah melakukan REVOLUSI pemberontakan menjelang Keputusan Kes Liwat beliau 9 Januari ini.

VIDEO PANAS - ANWAR PERNAH GELAR MAHASISWA BODOH TOLAK AUKU!! -di Gelombang Rakyat - klik sini http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/12/video-panas-anwar-pernah-gelar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2Fgelombangrakyat+%28Gelombang+Rakyat%29

Monday, 19 December 2011

Anwar dalang demonstrasi PWTC

Bak kata pepatah "sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya." Jadi boleh disimpulkan disini semua demonstrasi yang melibatkan penentangan terhadap kerajaan didalangi oleh Anwar Ibrahim 'Malaysian Sweetheart'. Termasuklah demonstrasi yang terbaru melibatkan mahasiswa,teman mendapat maklumat daripada sahabat blogger pu3. Pada 17hb Oktober 2011 yang lalu satu perjumpaan rahsia yang diberi nama MEET ANWAR- MAHASISWA telah diadakan dihadiri oleh cuma segelintir mahasiswa.

Ni gambar masa program MeetAnwar- Mahasiswa..Cuba perhatikan betul2 gambar di atas....kita kasi zoom sikit...


Tu dia....pas tu tengok gambar ni plak

Orang yang sama kan...Gambar ni pula diambil semasa demonstarsi di PWTC kelmarin..Nama mamat ni Khalid Mohd Ismath beliau bertindak sebagai komander kedua semasa demonstarsi BEBAS di PWTC....

Jadi sudah terang dan jelas lah bahawa motif perjumpaan rahsia tersebut tak lain dan tak bukan untuk menggerakkan kumpulan2 anak muda untuk berdemonstrasi kerana Anwar sudah jelas dan pasti yang beliau akan menginap di Sg Buloh semula tak lama lagi..Jadi bersediakah kita untuk melalui satu lagi 1998??

Tindakan Adam Adli saya anggap hanya satu tindakan jejaka bacul-Lokman Adam

Tak sampai beberapa jam post yang lalu yang mempertikaikan tindakan berdiam diri Pemuda UMNO/BN dan Patriot yang terhadap tindakan biadap Adam Adli yang menurunkan bendera PM di PWTC semalam, teman menerima bbm daripada saudara Lokman Adam yang menjelaskan tindakan yang diambil mewakili Pemuda UMNO/BN dan Patriot.

Antara ulasan beliau

"Walaupun kami menyokong penuh cadangan Kerajaan BN untuk meminda AUKU, kita mengutuk sekeras2nya tindakan biadap individu terlampau Adam Adli Bin Abdul Hamid yang menurunkan bendera PM kelmarin.

Namun, saya tidak sesekali bersetuju dengan pendekatan memusuhi mahasiswa yang diambil sesetengah pihak. Harus dibezakan tindakan seorang individu bertaraf mahasiswa dengan pendirian majoriti mahasiswa yg jauh lebih matang dari beliau.

Tindakan Adam Adli saya anggap hanya satu tindakan jejaka bacul kerana tindakan beliau menurunkan bendera tersebut dibuat secara curi-curi tatkala hadirin memberikan tumpuan kepada ucapan YB Dato Saifuddin. Itupun bendera yg beliau pilih untuk turunkan adalah bendera yg paling jauh dari Bangunan UMNO, iaitu bendera yg terletak di hujung parking lot kita.

Kehadiran 2 Panglima Tempang Peliwat Negara mengiringi Adam Adli untuk membuat laporan polis hari ini iaitu Samsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shahrin menyerlahkan lagi hakikat bahawa Adam Adli hanyalah perkakas pembangkang yang terdesak mencari isu untuk mengalih tumpuan rakyat daripada isu liwat dan video lucah yang melanda ketua mereka.
Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan bahawa AUKU akan dipinda tidak lama lagi. Jika ada yang benar-benar ingin menyumbang pendapat berhubung pindaan tersebut, gunakanlah sessi meja bulat yang pihak kerajaan sediakan. Ambillah peluang yang disediakan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan anda. Cubaan untuk mendesak kerajaan meminda AUKU selepas pengumuman cadangan pindaan itu dibuat, hanyalah satu tindakan yg boleh kita anggap sebagai mencari publisiti murahan. Moga rakyat dapat menilai apa yg cuba dilakukan oleh pihak pembangkang ini." Jelas beliau lagi

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 18 December 2011

Eksklusif dari Bukit Aman- Adam Adli dan CheguBard buat hal lagi..

Teman baru dapat info dari rakan2 bloGger yang Adam Adli dan cheguBard sekarang berada di hadapan pintu Balai Bukit Aman untuk kononnya membuat PC untuk mencabar pihak berkuasa. Tak habis2 la diorang ni, dengar citer berlaku pertikaman lidah di antara CheguBard and the gang dengan beberapa orang pejuang BN

Kalau anda nak tau siapa Adam Adli yang tiba-tiba popular dikalangan blogger pro-kerajaan kerana beliau merupakan orang yang bertanggung-jawab menurunkan dan memijak2 bendera PM serta menggantikan dengan bendera Pro Mahasiswa di PWTC semalam . Beliau yang merupakan seorang bakal pendidik daripada UPSI dan berasal dari Pulau Pinang. Macam ni ke yang dikatakan sifat seorang bakal pendidik, Rendah nilai moral??

Tapi mana pejuang UMNO yang lain?? Mana Patriot??Pemuda UMNO/BN ??takkan kita nak tengok jer maruah PM kita dipijak2..Jangan playsafe sangat la.Ingat Perjuangan bukan untuk individu!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jangan Perkecilkan Mahasiswa-Nasrudin Hassan

1. Mahasiswa adalah " Agent of Change" dan ilmu yang mereka miliki meletakkan mereka sebagai intelek muda dan ia merupakan aset untuk mereka berani, yakin dan bertanggungjawab dengan tindakan yang mereka ambil. Mereka bukan lagi budak hingusan yang boleh ditempelak, dipulas telinga dan ditampar, apa lagi untuk diludah.

2. Mereka mampu bangkit membentuk gelombang "Third Force" yang berkesan ke arah membangkitkan ummah dari lena yang panjang lantas mencetus perubahan dan meletakkan negara selamat serta bebas dari anasir yang meruntuhkan peradaban seperti rasuah, pecah amanah, ketidaktelusan dan sebagainya.

3. Kerajaan sekali - kali tidak wajar mengkesampingkan tuntutan mereka apatah lagi memperkecilkan mereka. Saya lihat inilah masanya, mahasiswa menyusun kebangkitan lalu memposisikan diri mereka selayaknya, sesuai dengan ilmu dan semangat yang mereka miliki. Usah gentar berkelana di alam buana ini, menggalas cita - cita perjuangan. Tidak sekadar berjuang untuk membebaskan mahasiswa tetapi juga menggerak kesedaran serta kebangkitan rakyat.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada "thaurah" yang mula menampakkan rentak kebangkitan mahasiswa. Kini mereka mula melepaskan diri dari pasung puaka yang membelenggu leher mereka sejak sekian lama. Kami pastinya bangga dengan perkembangan ini.

5. Menuntut ilmu biarlah seiring dengan semangat perjuangan. Jangan abaikan salah satu dari keduanya. Ilmu adalah senjata berkesan bagi perjuangan yang kita dokong. Ada senjata tetapi tidak menghunusnya untuk perjuangan suci ini hanya memperlihatkan kita lemah. Demikian juga berjuang tanpa senjata [ilmu] membuatkan kita salah memilih hala tuju yang benar.

Saya ucapkan selamat berjuang, sabar dan tabah mendepani ujian buat seluruh Mahasiswa yang berani dan benar.

Nasrudin Hassan
~Ketua Dewan emuda PASMalaysia~

AnakBd: Ini adalah salah satu caranya pembangkang menghasut mahasiswa2 untuk menentang kerajaan. Kerajaan menyediakan segala kemudahan bagi pembelajaran mereka. Golongan intelektual muda ini amat diperlukan untuk kelansungan pembangunan dan kemajuan negara tetapi belum masanya..mereka perlu menghabiskan pengajian terlebih dahulu,seperti ibu bapa yang lain kalau boleh kerajaan mahu memastikan tiada satu pun anak2 yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat anak2 mereka .Teman faham darah muda ialah darah perjuangan, kesempatan inilah yang digunakan oleh pihak pembangkang ibarat "mencurah minyak ke api" dgn menggadai masa depan anak2 ini demi kepentingan politik mereka .Nasihat teman pada adik2 mahasiswa, perjuangan itu sendiri harus diletakkan ditempat yang betul. Kerajaan sama sekali tidak pernah memeperkecilkan mahasiswa, malah bergantung harap kepada golongan intelek muda ini, kerana suatu hari nanti merekalah yang akan mentadbir negara seperti mana ibu bapa berharap agar anak2 mereka menjadi anak yang berjaya dan dapat merubah kehidupan agar menjadi lebih baik suatu masa nanti.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 16 November 2011

Imej NajibRazak Makin Popular - Bagaimana Dengan Imej UMNO?

                       

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot. 
Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan. 
Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina danIndiadari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu 
Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah. 
"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya. 
Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus. 
"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989. 
Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal. 
Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya. 
Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu. 
Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara. 
"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.


AnakBd : Secara peribadi teman sangat kagum dengan kesungguhan PM kita mendekati rakyat melalui pelbagai medium dan mengaplikasikan media baru yang semakin popular dikalangan belia . Rakyat didekati, dari golongan veteren hinggalah ke golongan anak-anak kecil, tanpa mengira kaum. Program Transformasi Kerajaan yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri juga kelihatan telah dilaksanakan oleh Kementerian2, namun adakah perlaksanaannya dijalankan secara menyeluruh??? Bagaimana dengan pemimpin2 di peringkat akar umbi???


Sesuatu perlu dilakukan, kalau sayangkan UMNO
Berubah atau Rebah.

Monday, 14 November 2011

Lagi ahli Pas & Pkr Bergabung Keluar Parti


Selepas menyaksikan pembubaran Parti PKR cabang Petaling Jaya Selatan , hari ini Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang pula mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.

Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.

"Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya.

Sementara itu, Said berkata, keputusan yang diambilnya untuk keluar parti dan menutup cawangan Bukit Piatu adalah tepat.

"Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai.

"Sebenarnya kami semua diperalatkan sewaktu pilihan raya umum lalu. Cakap tak serupa bikin dan ini membuatkan kami bertindak keluar parti," katanya.

Selain itu katanya, perjuangan PKR juga tidak ada hala tuju dan tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan.

Pakatan Rakyat kini seumpama retak menanti belah???

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More