Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Showing posts with label Keunikan Bagan Datoh. Show all posts
Showing posts with label Keunikan Bagan Datoh. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Restoran Kari Kepala Ikan Mydin

Suasana di restoran masih ramai
dengan pengunjung
lagi ketika jam menunjukkan
1.30 a.m
           

Terletak di kawasan bangunan baru berhampiran dengan Balai Bomba Hutan Melintang, iaitu laluan menghala ke Bagan Datoh, restoran ini menawarkan menu  dalam ruang makan yang selesa, dan ruang terbuka.

Tarikan utama restoran berkenaan ialah kepelbagaian menu selain keenakan masakan dan ruang menjamu selera yang selesa. Selain itu, tempat letak kereta disediakan selain kemudahan wi-fi.


Selain restoran di Simpang Empat, Hutan Melintang, yang dibuka Julai lalu, cawangan lain ialah di Pekan Bagan Datoh yang beroperasi terlebih dahulu.

Restoran ini mampu memuatkan 150 hingga 200 pengunjung dalam satu masa. Kari Kepala Ikan Mydin bukan saja menyediakan pesanan secara ala carte, malah juga bufet, selain menerima tempahan untuk majlis dan katering.

Menu menarik untuk dicuba ialah kari kepala ikan  yang dimasak 20 minit sahaja. Istimewanya, kuah kari diadun menggunakan kari buatan sendiri selain sedikit kari dalam pek. 

Kepala ikan Kerapu dipilih kerana ikannya besar, isinya manis dan pejal. Isi yang tidak mudah hancur memudahkan ia dimasak dan dipersembahkan dalam keadaan cantik. Terung, bendi, kacang panjang, tomato dan tauhu kering turut melengkapkan menu berkenaan. Dalam menyahut slogan 1 Malaysia, Restoran ini dapat menghimpunkan rakyat berbilang kaum menjamu selera bersama-sama.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More