Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Thursday, 3 May 2012

Lagi Penipuan Pakatan Rakyat terbongkar!!

Semalam, sebuah laman web pro Pakatan Rakyat, suarapakatanrakyat.com  telah memaparkan beberapa imej yang diambil dari beberapa lokasi dalam negara bagi menggambarkan seolah-olahnya perhimpunan ganas Bersih 3.0 mendapat sokongan rakyat dari serata pelusuk negara ini.


Setelah membuat beberapa penyelidikan, ternyata, semua gambar-gambar tersebut adalah gambar-gambar yang diubah suai menggunakan perisian Photoshop.

Dibawah ini  adalah perbandingan antara gambar sebenar dengan gambar yang telah diubahsuai laman web pro pembangkang tersebut.  Ternyata puak-puak ini semakin terdesak untuk mengangkat demonstrasi ganas itu mendapat sokongan rakyat.


   Georgetown (Palsu)                    Georgetown (Asli)
GEORGE TOWN, PULAU PINANG.jpg     GEORGE TOWN1.jpg

   Johor Baharu (Palsu)                   Johor Baharu (Asli)
JOHOR BHARU, JOHOR.jpg    JOHOR BHARU2.jpg

     Kota Bahru (Palsu)                       Kota Bahru (Asli)
KOTA BHARU, KELANTAN.jpg    KOTA BHARU.jpg

     Kuantan (Palsu)                              Kuantan (Asli)
KUANTAN.jpg    KUANTAN.4jpg.jpg

     Melaka (Palsu)                             Melaka (Asli)
MELAKA.jpg    MELAKA5.jpg


AnakBD : Nampak sangat mereka terdesak untuk mempopularkan BERSIH.


Karnival Kerjaya BN Tawar 100,000 Peluang Kerja

KUALA LUMPUR: Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) kali kedua yang diadakan selama tiga hari bermula 11 Mei ini di Bukit Jalil menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan untuk direbut khusus bagi lepasan graduan dan mereka yang ingin mencari pengalaman dalam kerjaya sedia ada.

Pengerusi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata penganjuran acara itu tahun ini tidak hanya memfokus kepada peluang pekerjaan, sebaliknya ia turut mengambil pendekatan holistik khusus dalam pembangunan kerjaya dan peningkatan diri.

"Kami akan memberi fokus kepada semua lapisan masyarakat pada penganjuran kali ini, malah akan memberi khidmat nasihat berhubung peluang pekerjaan ditawarkan.

"Seperti tahun lalu, pencari kerja perlu mengisi maklumat berkaitan secara dalam talian, bagi membolehkan mereka mengenalpasti kekuatan dan kesesuaian terhadap kerja dicari," katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman penganjuran program itu bersama JobsDB Malaysia Sdn Bhd dan RedTone International Bhd di sini, semalam.

Nazir Hussin berkata, pihaknya mensasarkan satu juta pengunjung dan pencari kerja hadir memanfaatkan program itu seperti dicapai tahun lalu.

Beliau berkata, pada penganjuran tahun lalu, lebih 30,000 kerja berjaya diisi melalui temu duga terbuka dijalankan dan jumlah itu dijangka terus meningkat tahun ini.

Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar JobsDB Malaysia, Steven Seek, berkata buat pertama kalinya, JobsDB akan menggunakan kaedah padanan kerja melalui lebih 100,000 kerja yang sudah disenaraikan syarikat yang akan menyertai karnival itu nanti.
Katanya, kaedah itu sudah digunakan sebelum ini di Singapura dan amat membantu dalam pencari kerja mendapatkan kerja bersesuaian dengan bidang dan minat mereka.

"Bagaimanapun, laman web khusus penjodoh kerja itu hanya boleh diakses sepanjang karnival itu berlangsung dan tidak boleh diakses melalui laman web biasa JobsDB," katanya. – Berita Harian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 2 May 2012

Skandal Seks Azmin : Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.

Jom kita flashback..

Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
-DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009-

 
Haji Hadi berkata:

"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.

Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini."

AnakBD : kalau depa buat tak pa semua Halal..sebagai contoh di atas sewaktu di PRK Permatang Pasir.."WAJIB dedahkan aib pemimpin"..Tapi cuba kalau kita yang buat.."Tak boleh harrrrammmmmmm mendedahkan aib org."Rapla jingga punya Pakatan Haprak..

Sumber : http://penaksj.wordpress.com/

Lagi-lagi BERSIH..?? Ahli Parlimen Bagan Datok teruskan turun padang dekati rakyat..







 Merasmikan Program Sukaneka Perpaduan Zon 5 Simpang 4, Hutan Melintang





Melawat Tapak Tanah Perkuburan Islam Taman Mewah Simpang 4 Hutan Melintang




Menziarahi Jenazah Almarhumah Ibunda Kepada. En Kamarulzaman Badri Ketua Kampung Bharu Timur Hutan Melintang





Menghadiri Jemputan Perkahwinan di rumah Tn. Shafie dan Puan Jama'yah di Taman Bagan Pasir, Selekoh.







Menghadiri Jemputan Perkahwinan kedua di Rumah Tn Hj Juraimi di Kg Sg. Batang, Selekoh


Dalam kesibukan pemimpin-pemimpin pembangkang menyertai demonstrasi BERSIH 3.0 pada Sabtu yang lalu Ahli Parlimen Bagan Datok meneruskan misi turun padang untuk mendekati menyelami masalah setiap lapisan masyarakat di Bagan Datoh.

Sambil berpesan kepada masyarakat Bagan Datoh agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang boleh merosakkan diri dan negara.










Majlis Perasmian Penutup Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia Di Pekan Selekoh Bagan Datoh


"Untuk mencapai sesuatu kejayaan itu adalah sukar, tetapi lebih sukar untuk mengekalkannya. Untuk mengekalkannya pula ialah dengan istiqomah, marilah kita sama-sama beristiqomah dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat." pesan beliau mengakhiri ucapannya dalam salah satu Majlis Perasmian Sukaneka dan Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Rungkup.





Lawatan dan pemberian sumbangan kepada Orang Kurang Upaya dan uzur oleh Datin Seri




R Thangam kena tahan polis, Anwar peduli apa...





Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?

Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.

Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim

BERSIH 3.0 buka mata pelbagai pihak..



BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial. Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.
Jika benar niatnya adalah untuk memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang ditawarkan kerajaan? Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka, iaitu kawasan yang dilarang? Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh perlu menawan kubu penting musuh. Justeru, apa pentingnya Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan? Kenapa perlu mengambil risiko tercedera, tergadai nyawa, terjejas masa depan mengambil risiko dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka?
Jika sekadar ingin duduk bantah dan mempamerkan sokongan yang ramai, maka duduk sajalah di dalam stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH.
Mungkinkah kerana ingin menutup jumlah sokongan yang terlalu sedikit, maka BERSIH perlu membuat huru-hara?
Apapun tujuan dan alasannya, apa yang pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung.
Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan sengajanya menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah. Seolah-olah nyawa peserta BERSIH, iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung!
Dan apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar kawalan, mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab. Malah Ambiga secara terang-terangan, meletakkan kesalahan 100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah mengarahkan mereka untuk bertindak ganas. Pemimpin-pemimpin pembangkang pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan memukul rakan sendiri.
Sedangkan bukan mereka tidak tahu bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan kecederaan. Jika tidak, kenapakah dalam setiap demonstrasi di mana-mana negara di dunia, kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti rusuhan untuk bersedia.
Pasukan polis punya kuasa dan hak untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi undang-undang. Sekiranya perusuh bertindak ganas, polis juga bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk ‘menundukkan’ perusuh. Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini, peserta demo telah dengan nyata merusuh, melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka.
Ini bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru, maka tindakan Ambiga enggan bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.
Beliau melihat penyokong-penyokongnya bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu. Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan dengannya.
Ambiga juga langsung tidak bertanya siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas perhimpunan itu.
Selesai BERSIH 3.0, Ambiga, Anwar, Kit Siang, Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran, kemusnahan, kecederaan dan kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara.
Fikirlah, jika penyokong sendiri yang sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup ‘lembukan’, maka sekiranya mereka memerintah negara ini, pastinya rakyat juga akan mereka anjingkan.

Tuesday, 1 May 2012

Wartawan antarabangsa pun dah Fed'up dengan Bapak NUAR





Teman malas nak ulas panjang-lebar sebab semakin hari orang dah semakin muak dengan permainan politik ANUWAR yang kuat kencing ni bukan sahaja ada dikalangan para pengikutnya malah ada juga wartawan antarabangsa yang sudah fed up. 

 Semua juga sudah sedia maklum perjuangan yang kononnya diperjuangkan BERSHIT 1.0, 2.0 , 3.0 dan mungkin akan ada 4.0 adalah benda yang sama.

Jadi tidak ada isu yang nak mereka 'spin'kan,melainkan isu kekejaman polis, skripnya juga sama.

Ntah apa yang dia canang keluar negara mengenai BERSHIT kita pun tak tau..tapi nampak gayanya peluru dah mula makan tuan. 
Rupanya bukan setakat satu Malaysia saja yang kena tipu dengan ANUWAR satu dunia dah kena kencing dengan manusia bernama ANUWAR IBRAHIM....





KUDETA yang dipimpin oleh Ketua Pemberontak di Malaysia Bapak Anwar Ibrahim, dan Pembantunya Ambiga Sari seorang orang India, gagal mempengaruhi majoritas rakyat Malaysia untuk menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Nampaknya Anwar tidak mendapat sokongan majoritas rakyat Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, bapak Najib harus segera mengadakan Pemilu (Pilihanaraya) karena inilah peluang terbaiknya.

Apapun, para jornalist dari seluruh dunia melihat cara bagaimana bapak Anwar Ibrahim, seorang Ketua Pemberotak Malaysia yang menyatakan sokongan gratisnya kepada Israeli tempohari, menghimpunkan pendukungnya dari seantero pelousuk Malaysia tewas dan gagal. Saya kebetulan berada di tengah-tengah Kudeta itu, berani dengan yakin, menulis di sini hanya kira-kira 20,000 sahaja yang mampir. Mereka tidak seperti rakyat Indonesia yang berani tetapi sopan. Mereka ini lain sekali mentornya, seumpama orang gila yang terbakar kepanasan.

Saya mendekati seorang dua pria dan bertanya apakah yang mereka perjuangkan. Amat heran sekali, mereka tidak punya kekuatan dalaman untuhk melancarkan Kudeta ini. Bagaimana si bapak Anwar bisa begitu yakin akan berjaya, sedangkan gerombolan pemberontak ini bukannya ori sebaliknya diberi upah 100,000 ribu rupiah begitu. Sangat jelik dan menjijikkan.


Bapak Anwar dalam rangka mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri, kini kesuntukan masa. Kami sendiri berpikiran, jika bapak Anwar masih mengimpikan jawatan Persiden Malaysia, bapak Anwar harus bersedia merombak segala-galanya, khususnya membuang sistem Raja-Raja Melayu sebagaimana harapannya Membentuk Malaysia Baru katanya, dan jua harapan menggunung teman baiknya di dalam partai Dap melalui sistem Malaysian Malaysia tanpa Raja.


Namun, kami pikir ini kerja gila. Malaysia masih memulihara sistem Rajanya. Hanya kerakusan Bapak Anwar dan gerombolannya sahaja yang masih belum tuntas, yang pasti bapak Anwar ada dua pilihan. Pertama, kembali menetap semula di Amerika atau kedua, menjadi Diplomat Kehormat Israeli di Amerika.


Kalau di Indonesia, bapak Anwar ini sudah lama disisihkan!
Saya mendekati seorang dua pria dan bertanya apakah yang mereka perjuangkan. Amat heran sekali, mereka tidak punya kekuatan dalaman untuhk melancarkan Kudeta ini. Bagaimana si bapak Anwar bisa begitu yakin akan berjaya, sedangkan gerombolan pemberontak ini bukannya ori sebaliknya diberi upah 100,000 ribu rupiah begitu. Sangat jelik dan menjijikkan.

Bapak Anwar dalam rangka mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri, kini kesuntukan masa. Kami sendiri berpikiran, jika bapak Anwar masih mengimpikan jawatan Persiden Malaysia, bapak Anwar harus bersedia merombak segala-galanya, khususnya membuang sistem Raja-Raja Melayu sebagaimana harapannya Membentuk Malaysia Baru katanya, dan jua harapan menggunung teman baiknya di dalam partai Dap melalui sistem Malaysian Malaysia tanpa Raja.


Namun, kami pikir ini kerja gila. Malaysia masih memulihara sistem Rajanya. Hanya kerakusan Bapak Anwar dan gerombolannya sahaja yang masih belum tuntas, yang pasti bapak Anwar ada dua pilihan. Pertama, kembali menetap semula di Amerika atau kedua, menjadi Diplomat Kehormat Israeli di Amerika.


Kalau di Indonesia, bapak Anwar ini sudah lama disisihkan!
Bapak Anwar dalam rangka mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri, kini kesuntukan masa. Kami sendiri berpikiran, jika bapak Anwar masih mengimpikan jawatan Persiden Malaysia, bapak Anwar harus bersedia merombak segala-galanya, khususnya membuang sistem Raja-Raja Melayu sebagaimana harapannya Membentuk Malaysia Baru katanya, dan jua harapan menggunung teman baiknya di dalam partai Dap melalui sistem Malaysian Malaysia tanpa Raja.

Namun, kami pikir ini kerja gila. Malaysia masih memulihara sistem Rajanya. Hanya kerakusan Bapak Anwar dan gerombolannya sahaja yang masih belum tuntas, yang pasti bapak Anwar ada dua pilihan. Pertama, kembali menetap semula di Amerika atau kedua, menjadi Diplomat Kehormat Israeli di Amerika.


Kalau di Indonesia, bapak Anwar ini sudah lama disisihkan!
Namun, kami pikir ini kerja gila. Malaysia masih memulihara sistem Rajanya. Hanya kerakusan Bapak Anwar dan gerombolannya sahaja yang masih belum tuntas, yang pasti bapak Anwar ada dua pilihan. Pertama, kembali menetap semula di Amerika atau kedua, menjadi Diplomat Kehormat Israeli di Amerika.

Kalau di Indonesia, bapak Anwar ini sudah lama disisihkan!


Kalau di Indonesia, bapak Anwar ini sudah lama disisihkan!
Kalau di Indonesia, bapak Anwar ini sudah lama disisihkan!


Rally of the Innocent Devils
















BERSIH 3.0 berakhir sudah, meninggalkan DBKL membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan mereka, meninggalkan beberapa anggota polis di hospital, meninggalkan peniaga dalam kemarahan, pelancong dalam kejutan dan rakyat yang naïf di dalam kekecewaan setelah menyedari bahawa BERSIH adalah sebenarnya begitu jijik sekali.  Ia juga menyebabkan rakyat yang rasional semakin menolak pembangkang, rakyat di atas pagar kembali meyakini BN sementara penyokong pembangkang terus dibuai mimpi dalam dunia mereka sendiri. 

Pemimpin mereka, bagaimanapun, terpaksa berlakon menafikan kegagalan bagi menyembunyikan rasa malu.  Untuk itu, mereka perlu menipu diri sendiri dan juga penyokong dan penipuan mereka juga menunjukkan yang mereka tidak sepakat.  Apabila ditanya mengenai jumlah peserta demonstrasi, Malaysiakini, Harakah, Anwar dan Ambiga masing-masing memetik angka yang berbeza antara satu sama lain dalam jumlah ratusan ribu. 

Apa yang mampu mereka lakukan kini hanyalah menyalahkan BN, kerajaan, pihak polis dan segala-galanya.  Kerana itu, inilah saja yang dapat diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar apabila disoal mengenai kerosakan yang dilakukannya:  “Kita tidak akan tergugat dengan penipuan yang berterusan yang dibuat oleh media kawalan UMNO.  Ini adalah tindakan biasa bagi sebuah rejim kukubesi.  Kumpulan yang tidak bersalah, mangsa penindasan, kini dilihat sebagai penjenayah.  Seperti juga ketika pemerintahan Hitler, Stalin dan pemerintahan diktator di Myanmar tempoh hari, mereka yang memberontak dirujuk sebagai penjenayah, penindas adalah bersih dari apa jua tuduhan,” – the Malaysian Insider -

Mungkin Anwar sememangnya tidak tahu sejarah atau sudah lupa seperti mana beliau lupa banyak perkara akhir-akhir ini.  Ini adalah apa yang diperkatakan sejarah berkenaan Stalin:  Salah seorang diktator dan pembunuh paling berkuasa dalam sejarah, Stalin adalah pemerintah Soviet Union selama suku abad.  Rejimnya yang ganas telah menyebabkan kematian dan penderitaan terhadap berpuluh juta orang.  

Dan Hitler direkodkan sebagai antara orang paling kejam dalam sejarah.  Beliau bertanggungjawab memulakan Perang Dunia ke2 dan membunuh lebih 11 juta orang dalam Holocaust.  

Membandingkan UMNO atau Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita dengan Hitler dan Stalin menunjukkan yang Anwar sudah terlalu hampir hilang kewarasan.  

Dato’ Seri Najib tidak pernah membunuh sesiapa, beliau bukanlah seorang pemimpin yang kasar jauh sekali seorang diktator. Beliau mendengar suara rakyat, prihatin terhadap kita semua, berkhidmat untuk kita dan menghulurkan bantuan dan sokongan melalui berbagai program transformasinya. 

Apabila Anwar ingin mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, beliau menawarkan stadium untuk memastikan keamanan dan keselamatan semua pihak termasuk atau terutamanya, pihak peserta.  Apabila Anwar memilih untuk menentang undang-undang dan membawa peserta ke jalanan, Dato’ Seri Najib menyediakan lebih seratus tenaga pasukan perubatan, sebagai persediaan andainya keadaan menjadi buruk.  

Justeru, satu-satunya penjelasan kenapa Anwar melihat Dato’ Seri Najib sebagai sama dengan Hitler atau Stalin ialah beliau pastinya sedang berhalunisasi.  Mungkin perasaan malu yang tidak terhingga kerana gagal mendapatkan angka yang wajar dalam BERSIH 3.0, serta tekanan dari siri pendedahan berterusan mengenai skandalnya, yang menjadi pencetus ketidakwarasan tersebut.  

Hitler dan Stalin adalah pemimpin dari dunia ‘gelap’. Seperti juga mana-mana pemimpin dari dunia itu, contohnya mafia, samseng, gangster, yakuza atau apa saja gelaran mereka, terkenal dengan kesanggupan mengorbankan dan membunuh orang mereka sendiri dengan kejam apabila perlu.  Di dunia mereka, mereka tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang selain dari undang-undang ciptaan mereka.   

Tetapi, pemimpin dari pihak yang baik, seperti tentera atau polis, tidak akan sekali-kali merisikokan nyawa anggota tanpa sebab yang benar-benar munasabah.  Dalam apa jua keadaan mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan walaupun seorang anggota dalam bahaya.  Pemimpin dari pihak yang baik perlu berhadapan dengan undang-undang jika sengaja merisikokan nyawa anggotanya. 

Justeru, di pihak manakah boleh kita kategorikan pemimpin-pemimpin BERSIH?  Apakah mereka di pihak jahat dari dunia gelap atau di pihak yang baik? 

Pemimpin-pemimpin BERSIH – Anwar dan Ambiga telah diberikan pilihan dua stadium untuk mengadakan Protes Duduk Bantah di mana keselamatan dan keamanan terjamin.  Tetapi apakah mereka bersetuju menerima tawaran yang murni itu?  Tidak.

Apakah para peserta demonstrasi benar-benar ‘duduk’ seperti yang mereka janjikan?  Tidak.

Apakah mereka berjalan dengan aman ke arah kawasan larangan iaitu Dataran Merdeka?  Tidak.   

Sebaliknya, Anwar dan Ambiga telah dengan sengajanya meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam risiko tercedera atau mungkin kehilangan nyawa dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium, dengan tidak ‘duduk’ seperti yang dijanjikan, dengan berarak secara ganas dan dengan menyeru supaya mereka bertindak menceroboh Dataran Merdeka.  

Apakah perlunya untuk mereka menceroboh kawasan larangan jika mereka sekadar menuntut pilihanraya bersih?  Apakah mereka benar-benar percaya bahawa dengan terlibat dalam pertempuran dengan polis, cedera, membunuh atau terbunuh maka barulah mereka akan mendapat sebuah pilihanraya yang bersih bersinar-sinar?  

Hakikatnya, pilihanraya di negara ini adalah cukup bersih dan itulah sebenarnya masalah Anwar.  Beliau enggan melalui proses pilihanraya dan ingin merampas kuasa melalui jalan belakang.  Malangnya beliau tidak dapat mengumpulkan secukupnya jumlah manusia yang cukup jahat, dungu dan gila yang sanggup berkorban untuknya.   Dan kerana itu, rampasan kuasa tidak berlaku. 

Untuk itu, kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato’ Seri Najib atas apa yang dilakukan beliau dalam memastikan kita selamat dari keganasan peserta demo BERSIH. Dan kita tidak dapat menggambarkan betapa terhutang budinya kita kepada pihak polis yang sanggup berkorban demi keamanan kita yang diancam oleh penyokong Anwar Ibrahim.   

Kesudahannya, siapa yang kelihatan lebih menepati sifat Stalin atau Hitler di sini?  Siapa yang sanggup mengorbankan orang-orangnya sendiri, iaitu peserta demonstrasi yang merupakan penyokongnya, untuk mendapatkan apa yang dihajati?  

Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Anwar ‘Hitler’ Ibrahim.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More