Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Tuesday, 17 May 2011

Insaflah dengan sebenar-benar insaf wahai Bob Lokman

Baru-baru ini telah diadakan satu ceramah Pas yang bertempat di Taman Desa, Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak

Penceramahnya terdiri daripada anak-anak seni yang dikatakan telah menemui Hidayah serta keredhaan Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah kita bersyukur mendengar khabar diatas tetapi yang tak sedap didengarnya apabila pengisian ceramah penuh dengan kemarahan dan hamburan tuduhan keatas pemerintah dan kerajaan dipersalahkan diatas segala benda yang berlaku keatas kehidupan beliau sebelum penghijrahan. Sehinggakan masalah beliau dengan anak pun diletakkan kesalahan atas sistem pembelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Adakah si Bob Lokman ni belum diajar oleh 'Tuan Guru' beliau tentang Qada dan Qadar Allah???
segala apa yang telah terjadi segalanya adalah ketentuan Allah.
Mengapa perlu dipersalahkan orang sekeliling sedangkan Allah telah memberi akal dan fikiran untuk kita berfikir dengan logik dengan fikiran yang waras.

Kita yang memilih jalan hidup kita, bagaimana kita nak jadi..
kenapa perlu salahkan orang lain..Nauzubillah...

Kita perlu redha dengan perjalanan yang Allah tentukan untuk kita disamping berusaha untuk mendapatkan hidayah dan keredhaan Illahi - untuk memperbaiki keadaan kita. Bukan nya mengherdek dan mempersalahkan kerajaan dan orang sekeliling kita untuk apa saja yang kita 'rasa' tidak adil buat diri kita... Cari lah keredhaan yang sebenar dan baru naik pentas dan bercerita pengalaman kamu wahai Bob Lokman... naik meloya dengar ceramah kamu...berceramah lah secara ikhlas..

marilah kita renung-renungkan sebagai pengajaran bersama

“Siapa yang tidak berterimakasih kepada manusia, bererti tidak berterimakasih kepada Allah” (HR Abu Daud)
wallhualam.....




Kaji Beban Rakyat Sebelum Naikkan Harga RON95 – Zahid


TEMERLOH, 17 Mei – Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.
“Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.
“Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Anggota Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin semalam yang meminta kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 bagi menjamin kebajikan rakyat.
“Bagaimanapun, kerajaan dalam keadaan serba salah jika harga minyak tidak dinaikkan, kerana ia akan meningkatkan defisit kerajaan,” katanya yang bersetuju kenaikan RON95 membebankan rakyat kerana harga barangan lain akan turut meningkat.
Mengenai program gotong royong itu, beliau berkata program ‘tentera masuk kampung’ akan diteruskan bagi meningkatkan hubungan baik antara rakyat dan tentera.
Ahmad Zahid berkata program sedemikian sebenarnya telah dilaksanakan sejak sekian lama dan dilihat memberi banyak manafaat kepada semua pihak.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada Masjid kampung Sungai Gau.

Saksikan filem yang bakal memenangi ANUgerah akademi awards!!!


Klik pada gambar untuk lihat lebih poster yg lebih jelas

Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem2 terhebat ini!!!!

Gempar!!! Hantu Kak Limah mengamuk di Mahkamah


Oppsss kak Limah dah transform


dia dok p mengamuk kat mahkamah plak dah

habis satu bas penduduk kg Pisang dihangkutnya....

dah tak nyanyi lagu jit-jit semut dah
dah tuko lagu lain la kome



Polis Pandi Kutty
mahkamah Padi Kutty
Najib Pandy Kutty
BN Pandy Kutty

Reformasin....
Reformasin...
Reformasin....

kahkahkahkah lawok la kak limah kome ni.......




Monday, 16 May 2011

World needs to hear concerted voices of moderates, says Najib

LONDON: The push for a global movement of moderates should involve people from all faiths who must speak louder as a voice of reason and tolerance, the Prime Minister said.

Rallying the call, Datuk Seri Najib Tun Razak said: “Just as Muslims need to make their voices heard, so do the Christians, the Jews, the Buddhists, the Hindus and the atheists who are sickened by intolerance, violence and terror.”

He said the world needed to hear the concerted voices of moderates in all countries and from all walks of life “and when we do, the prize of peace is there for all to see.”

The Prime Minister said this in a speech on the “Coalition of Moderates and Inter-Civilisational Understanding” at the Sheldonian Theatre of the prestigious University of Oxford yesterday.

Warm reception: Najib and his wife Datin Seri Rosmah Mansor (left, in green) shaking hands with some officers at the Malaysian High Commission in London yesterday. — Bernama

The audience included renowned academicians, MPs, corporate figures and students.

Najib quoted extensively from the Quran, the Bible and personalities such as Nelson Mandela, Martin Luther King Jr and Mahatma Gandhi.

Najib added: “We cannot allow this moment to be overtaken by extremists. That is why we are all here to foster not a clash of civilisations but an understanding and, perhaps, even a celebration of our differences and of everything we share.

“Modernisation and moderation must go hand in hand.”

Najib also dwelled on the causes of terrorism, saying the often cited reasons were the lack of economic development, education, despair, humiliation and a sense of hopelessness.

“While most have acknowledged these factors, if we observe more carefully, we will find that some terrorists come from well-off families and are much educated.

“Some really believe that other religions and civilisations represent the enemy and that there is no place for peaceful co-existence.”

Drawing on the Malaysian experience, he said national unity continued to be the overriding objective of his government.

“Since assuming the office of Prime Minister in 2009, I have continued to make this overarching goal the priority of my administration.

“In managing our plurality, we have decided on integration as opposed to assimilation. Malaysians accept their diversity. We do not merely tolerate each other but we also embrace and celebrate.”

Earlier, the Prime Minister visited Oxford Centre for Islamic Studies and met with Malaysian students at the 147-year-old Macdonald Randolph Hotel.

Full text of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's speech at the Oxford Islamic Centre, entitled 'The Coalition of the Moderates and Inter-civilisational Understanding in English and Malay

PM kesal dengan sikap angkuh Israel


OXFORD: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin meskipun akan menghadapi banyak halangan dan rintangan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia begitu gigih dan bersemangat membantu rakyat Palestin yang sekian lama hidup dalam keadaan tertekan dan menderita akibat tindakan kejam dan zalim tentera Israel.
Melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tembakan ke arah kapal bantuan kemanusiaan "MV Finch" milik Malaysia pada awal pagi Isnin waktu Malaysia, Perdana Menteri berkata, ia menunjukkan kezaliman rejim Tel Aviv masih lagi berterusan terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, sepatutnya bantuan kemanusiaan yang dilakukan orang awam dan tidak bersenjata itu tidak boleh ditembak walaupun secara tembakan amaran.

"Ini menunjukkan bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk terus menekan rakyat Palestin kerana mereka tidak mahu penduduk Palestin di Gaza mendapat bantuan kemanusiaan.

"Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusian rejim Tel Aviv ini,' katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, petang Isnin.

Najib mengulas insiden yang berlaku terhadap kapal "MV Finch" milik Malaysia yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah pada awal pagi Isnin waktu Malaysia.
Kapal itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.

Ditanya apakah Malaysia akan mengambil tindakan untuk menyuarakan bantahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berikutan insiden itu, Najib berkata, Malaysia banyak melakukan representasi dan bersuara lantang memperjuangkan isu Palestin kepada PBB, namun ia berlalu begitu sahaja, tidak ke mana.

Mengenai lawatannya ke United Kingdom, Perdana Menteri berkata, beliau akan melakukan satu lawatan rasmi ke United Kingdom pada Julai.

Najib kerajaan gabungan baru United Kingdom berpendapat bahawa London-Kuala Lumpur perlu menghidupkan hubungan yang sudah lama terjalin antara antara United Kingdom dan Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri, David Cameron menghantar satu mesej bahawa beliau mahukan hubungan antara kedua buah negara terus hidup dan kukuh dan malah menghantar isyarat yang betul kepada yang lain bagi meningkatan hubungan.

"Ada satu lonjakan baru di peringkat atasan sebagai satu sokongan politik dan pacuan politik (bagi meningkatkan hubungan antara London-Kuala Lumpur). Saya berpendapat ia boleh dipertingkatkan dalam pelbagai bidang," katanya. - BERNAMA

Bela diri: Tanda sistem keadilan negara musnah?


Marah benar puak-puak Pakatan Haram yang hadir di mahkamah tadi apabila hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, menetapkan Anwar harus membuktikan dirinya tidak bersalah dalam tempoh kurang sebulan! Ada yang berkata “mahkamah tidak adil”, ada yang berkata “sistem perundangan Malaysia sudah hancur”, malah ada juga yang mengutuk hakim, “hakim bodoh!”, katanya.

Adil menurut Islam membawa maksud “meletakkan sesuatu kena pada tempatnya”. Saya lebih suka merujuk kepada definisi Islam memandangkan pengertiannya tidak mampu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Namun, saya tidak menolak tentang sistem keadilan yang digunapakai di negara ini, apatah lagi mempertikaikannya.

Apabila hakim meminta Anwar membela dirinya, apakah itu membawa maksud bahawa mahkamah tidak adil atau sistem perundangan di negara ini musnah? Sebagai contoh, anak anda di tuduh mencuri di sekolah dan setelah dibincangkan bukti-bukti tersebut, secara jelas memang anak anda melakukan kesalahan mencuri (wujudnya “prima facie”).

Namun begitu, anak anda diberikan peluang oleh pihak sekolah untuk membela diri, dan sekiranya terdapat sedikit saja “reasonable doubt”, maka anak anda akan dilepaskan dari menerima hukuman. Malah anak anda boleh bekerjasama dengan anda dan ahli keluarga lain untuk menafikan dakwaan tersebut dalam tempoh hampir sebulan.

Apakah perlakuan pihak sekolah sebagaimana contoh di atas boleh disifatkan sebagai “tidak adil”? Sekiranya, sememangnya anak anda pencuri, dia boleh dilepaskan meskipun membawa sedikit keraguan pada fakta kes yang dihujahkan sebelum ini. Bagaimana pula dengan mangsa kecurian akibat tabiat buruk anak anda? Apakah dia tidak layak mendapat keadilan untuknya?

Saya merasa pelik melihat sikap segelintir rakyat negara ini yang menyokong Anwar di mahkamah tadi. Orang yang mereka bela itu ialah “pemangsa”, bukan “mangsa”! Sewajarnya, “mangsa”lah yang sepatutnya dibela dan diberikan keadilan. Namun, semua itu terbalik bagi mereka ini. “Pemangsa” seolah-olah “God” pada mereka. “Pemangsa” seolah-olah maksum dan perlu dibela! Bagaimana pula dengan mangsa dalam kes ini iaitu Saiful Bukhari Azlan? Dia juga perlukan keadilan! Apatah lagi semua fakta, hujah dan bukti menuding jari kesalahan tersebut pada Anwar!

Saya fikir, mereka-mereka yang seramai 150 orang di Mahkamah Tinggi Jalan Duta tadi berTuhankan “politik”. Mereka menganggap “politik” adalah segalanya dan menolak Islam sebagai agama yang sepatutnya menjadi rujukan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mereka lupa bahawa “politik” juga adalah ciptaan Allah dan “politik” juga dikotorkan oleh politikus jijik dan jahat seperti Anwar Ibrahim!

Saya optimis, Anwar akan berpindah dari istana Segambutnya ke “istana” Sungai Buloh kembali. Jika tidak ke Sungai Buloh, Anwar lebih sesuai dihumban ke Guantanamo Bay untuk di’saji’kan kepada tentera-tentera US yang kebanyakkannya gay, sejenis dengan Anwar. InsyaAllah, hukuman ini akan Anwar terima di dunia, dan di akhirat kelak kita serahkan saja pada Allah S.W.T untuk menentukannya.

>> MyMKU

Anwar Diperintah Bela Diri, Sg Buluh Panggil Mari

Alhamdullilah, berlawanan dengan tanggapan banyak  pihak bahawa Anwar mungkin dibebas dan dilepas tanpa perlu dipanggil membela diri, akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memerintahkan agar Anwar membela diri atas pendakwaan liwat yang dikenakan ke atasnya.
Pada kita, ini satu lagi kejayaan kepada sistem keadilan di Malaysia terutama dalam kes membabitkan Anwar bila kita melihat pertama kali dalam sejarah pelbagai jenis manipulasi dalam sistem perundangan yang digunakan bagi melewatkan kes sehingga mencecah lebih dari 50 kali!!!
Keputusan ini juga menunjukkan sebelah kaki Anwar sudah jejak ke dalam Sg Buluh semula, tempat jatuh lagi dikenang kata orang, ini kan pulak tempat menerima hukuman, ye tak?
Kita yakin Anwar dan pengikutnya akan memberikan seberapa banyak alasan atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi hari ini, kita rasa itu adalah tindakan biasa yang dilakukannya dari kes liwat yang pertama lagi.  Konspirasi lah, apalah. Kalau video yang jelas tunjuk muka dia pun dia boleh nafi, apa lagi yang tidak ada video.
Cuma yang kita tidak faham ialah kenapa Mahkamah masih lagi membiarkan Anwar bebas sementara menunggu proses membela dirinya yang dijangka pada hujung bulan Jun ini kerana ada banyak kemungkinan yang Anwar akan melarikan diri.
Sekarang ini banyak betul cubaan untuk membunuh dan mengapa-apakan ahli keluarga Anwar, atas alasan apa yang kita tidak pasti.  Dan tidak mustahil semua alasan ini akan digunakan untuk menjustifikasikan tindakannya untuk melarikan diri atas alasan nyawa dirinya dan keluarga sudah terancam.
RPK sudah membuktikan bahawa duduk di luar negara adalah amat mudah dari menghadapi proses perundangan di Malaysia.
Jadi kita harap sesuatu perlu dilakukan sekurang-kurangnya memegang pasport Anwar bagi mengelakkan sebarang usaha untuk melarikan diri bagi mengelakkan hukuman.  Kalau susah sangat, tahan saja dia di dalam penjara sementara menantikan tarikh perbicaraan.

Umi Hafilda di Bagan Datoh

Lagi rahsia Anwar dan Azmin didedahkan oleh Umi Hafilda Di Bagan Datoh

 


 Penerangan isu-isu semasa oleh Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia
 Hadirin mendengar dengan penuh minat

Datuk Hamidah Bersama Ketua Wanita Umno Bagan Datoh Hjh Abaidah

Pendedahan Eksklusif di Bagan Datoh 


 

Anak BD : Nantikan Video penuh Pendedahan Umi Hafilda di Bagan Datoh

S.Kesavan cuba lagakan UMNO-MIC di Bagan Datoh


Dalam diam-diam Adun Hutan Melintang ada menyimpan niat untuk melaga-lagakan penyokong Umno dan Mic di kawasan itu.

Dikatakan S.Kesavan dalam propagandanya cuba menyuntik virus permusuhan di antara pemimpin dan penyokong kedua-dua parti komponen Barisan nasional itu.

Antara isu yang digembar-gemburkan termasuk berkaitan penentuan kuota calon pada Pilihan raya akan datang.

Yang hairannya mungkin pemimpin PKR ini sengaja buat lupa ataupun buta akan sejarah Adun di Hutan Melintang dimana kawasan itu asalnya adalah milik UMNO.

Bukanlah satu isu besar sekiranya UMNO ingin mengambil semula kuota itu sebaliknya apa yang lebih penting adalah kejayaan BN itu sendiri dalam membela nasib rakyat.

Masyarakat sudah membuka mata dan minda sendiri, BN bergerak dengan satu kumpulan parti komponen pelbagai kaum yang mantap tanpa sedikit pun menyisihkan kaum-kaum lain.

Tidak seperti Pakatan Rakyat yang selalu bertelagah dalam menentukan kerusi untuk pilihan raya dan ini dapat dilihat pada pilihan –pilihan raya kecil yang lalu.

Itu tak termasuk pilihanraya dalam parti sendiri semuanya berakhir dengan pergaduhan dan pergolakan sesama sendiri.

Sepatutnya apa yang menjadi kepentingan adalan Kesavan perlu membela nasib rakyat kawasan Dun Hutan Melintang tidak kira dari kaum Melayu, India atau Cina.

Kita boleh lihat bagaimana keadaan rakyat dikawasan itu yang rata-ratanya daif namun dimana pula Kesavan sebagai pemimpin. Adakah bantuan disalurkan bagi membantu meringankan bebanan rakyat.

Jangan kerana sibuk sangat nak menghasut virus kebencian diantara penyokong Umno dan Mic sampai rakyat sendiri tercicir.

>> Perak Today

Sunday, 15 May 2011

"PRU 13 Merupakan Pilihanraya Terakhir".-Datuk Hamidah Osman


PRU 13 adalah merupakan pilihanraya yang terakhir sebagai penentuan samaada Melayu dan Islam akan terus memerintah Malaysia. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat terutama DAP kini bukan sahaja telah berani menyentuh soal perkauman malah mereka kini telah lebih untuk berani menyentuh soal agama. Terutamanya hasrat mereka untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi.

Jelas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia itu lagi. "Sekiranya kita bersatu maka kita akan terus memerintah tetapi sebaliknya, sekiranya kita lemah maka orang Melayu dan Islam akan terus terbenam". Ini adalah kerana Pas parti yang kononya bermati-matian memperjuangkan Islam telah berubah prinsipnya. Mereka telah mempergunakan agama untuk mendapatkan kuasa.

Jelas beliau lagi ,berbeza dengan UMNO Dulu, Kini dan Selamanya. Matlamat dan prinsip kita tidak pernah berubah. Kita menggunakan politik untuk mendapatkan kuasa agar terus memerintah untuk mempertahankan Bangsa dan Agama.

Justeru itu, beliau menyeru wanita UMNO untuk tidak terus leka dan merasa selesa."Kalau boleh kejar , kita kejar walau satu undi pun, kerana 1 undi itu amat bermakna buat kita".

Beliau juga mengingatkan PAS di Perak khususnya bahawa Wanita UMNO akan menentang habis-habisan dan memastikan bahawa PAS akan kalah teruk di Perak pada PRU yang ke 13 nanti.

Saturday, 14 May 2011

Umi Hafilda akan gegar Bagan Datoh!!!


Satu Program ceramah umum anjuran Penerangan Wanita  UMNO Malaysia akan diadakan Dewan Wisma UMNO Bahagian Bagan Datoh. Program ceramah ini akan disertai oleh Ummi Hafilda dan YB Dato Hamidah Osman selaku Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.

Tarikh : 15 May 2011 (Ahad)
Masa : 3 Petang

Semua dijemput hadir bagi mendengar kebenaran yang akan dibongkar oleh Cik Ummi Hafilda Ali
Jom kita Gegor!!!

Friday, 13 May 2011

Pemuda UMNO Simpang Empat cabar S. Kesavan!!!

Baru-baru ini, Adun Hutan Melintang S. Kesavan telah membuat kenyataan balas terhadap ucapan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika Mesyuarat Pewakilan Umno Bagan Datoh bahawa Barisan Nasional merampas kerusi Dun berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Kesavan dengan angkuh menyatakan bahawa rakyat di kawasan itu pasti akan memilih beliau sebagai pemimpin pada pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun kenyataan pemimpin angkuh ini hanyalah dilihat sebagai satu respon dari seorang adun yang pengecut dan bermain dengan bayang-bayang sendiri.

Ini kerana hakikat sebenarnya adalah Kesavan merupakan Adun Lesu yang mendatangkan kekesalan yang amat mendalam dikalangan rakyat kawasan itu.

Apa yang jelas, pilihan mereka pada pilihanraya lalu boleh dianggap sebagai igauan mimpi ngeri di Dun Hutan Melintang dimana perubahan yang dijanjikan adalah Indah Khabar dari Rupa semata-mata.

Terbaru, Pemuda Umno Simpang Empat dikatakan mencabar Kesavan untuk membuktikan sumbangan beliau kepada rakyat Dun Hutang Melintang sepanjang beliau dipilih sebagai pemimpin kawasan itu.

Naib Ketua Pemuda Umno kawasan berkenaan Mohd Najib Mohd Mokhtar ketika ditemui meminta agar Kesavan menyenaraikan apa bentuk bantuan yang kononnya disalurkan kepada rakyat.

“Jika benar dia (Kesavan) telah memberi banyak sumbangan.. saya minta dia kemukakan bukti yang menyatakan dia ada berbuat demikian.

Apa yang pasti, tindakan Kesavan yang seolah-olah Menegakkan Benang Yang Basah itu dilihat hanyalah satu lagi aksi lakonan murahan pemimpin pembangkang.

Hanya penduduk di kawasan Dun Hutan Melintang sahaja yang mengetahui sejauhmana kebenaran kata-kata Kesavan itu yang menyatakan beliau banyak menyumbang kepada rakyat atau tidak.

Namun, setakat yang dilihat hanyalah propaganda politik yang sengaja disensasikan bagi mengaburi mata rakyat.

Mohd Najib yang juga anak jati kawasan itu turut menyatakan bahawa Kesavan hanyalah seorang Adun yang suka mengalihkan pandangan dan isu agar perkara pokok.

Jadi inilah kepakaran sebenar Kesavan, pemimpin yang hanya pandai memutarbelitkan keadaan sehingga membuatkan rakyat di Dun Hutan Melintang terlepas pandang dengan provokasi yang cuba beliau buat.

Selain itu, Kesavan juga dikatakan gagal dalam menangani segala permasalahan masyarakat India di Dun Hutan Melintang dan ini jelas menampakan kelemahan ketara beliau dalam menjadi ADUN di sini.


AnakBD : Agaknya memang kepakaran semua pemimpin PKR dalam memutarbelit kan fakta untuk kepentingan peribadi, menegakkan benang yang basah itu memang kita tau gemonye depa ni..Apa yang pastinya teman sebagai penduduk jati DUN Hutan Melintang jarang beno ler nampak ADUN yang bernama S.Kesavan ni di kawasan. Dia lebih gemor join ceramah sana sini memburuk-burukkan Ahli Parlimen d Bagan Datoh dan kerajaan daripada berkhidmat untuk rakyat di kawasan..So Kesavan sila jawab jangan tak jawab yer..

>> Perak Today

Wednesday, 11 May 2011

PAS ganti UMNO di Perak??? Menang pun 6 kerusi je..

Kalau bab cakap besar, serah sajalah kepada PAS. Dan kalau dengar cakap PAS, harus terbalik dunia kalau tidak pun terlungkup langit dibuatnya. Kalau tak pernah tahu politik Malaysia, kemudian bersembang pula dengan orang PAS, apa yang wujud dalam kepala selepas itu ialah, PAS sebenarnya adalah puak yang menang atau sedang diambang kemenangan.

Misbahul Munir, Setiausaha PAS Perak yang juga merupakan bekas SETPOL Nizar Jamaluddin sewaktu si meroyan itu jadi MB Perak, berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti UMNO’ pada 14-15 Mei di Zon Utara Perak iaitu di Padang Rengas, dan 28-29 Mei di Zon Selatan membabitkan Pasir Salak.

Kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat itu adalah usaha bersungguh-sungguh PAS untuk menggantikan UMNO memerintah Perak!

Entah dari mana datangnya idea ini, Misbahul Munir yang pernah dikaitkan dengan tandatangan kompartment balak dan tanah lombong ketika Nizar Jamaluddin jadi MB dulu, bercakap seolah-olah PAS akan bertanding di kesemua kawasan yang ditandingi oleh UMNO.

Berdasarkan pilihanraya umum yang lepas, ketika PAS menaruh keyakinan, isu Anwar Ibrahim akan membuatkan mereka menang besar, PAS sekadar mampu menang 6 kerusi. Hanya kerana DAP adalah chauvinist dan calon MB DAP adalah seorang Cina, maka PAS akhirnya berjaya menumpang tuah apabila Nizar Jamaluddin yang sebelum itu bukan siapa-siapa, dilantik oleh Paduka Seri Sultan Perak sebagai Menteri Besar. Itu pun, DAP berkokok dan memulaukan majlis berkenaan membuatkan perlantikan Nizar tertangguh lebih seminggu.

Sembang PAS memang besar. PAS nak ganti UMNO. Dari 6 kerusi, PAS ingin mendapatkan 26 kerusi lagi bagi menyamai penguasaan UMNO dalam Barisan Nasional Perak.

Barangkali inilah yang dikatakan, ilmu tak cukup, amal sangat berkurang, tetapi berharap dapat masuk syurga dengan hanya berdoa dan berjuang di dalam parti.

Perkasakan PAS Perak dahulu wahai Setiausaha PAS Perk. Tak payahlah sembang besar sangat. Tak payahlah sibuk nak berslogan nak gantikan UMNO kononnya. PAS sendiri sebenarnya mampu ke tidak menepis cubaan tunjuk kuasa PKR dalam pembahagian kerusi nanti di Perak.

Yang tu jawab dulu. Selesaikan dahulu bab tu.

Tak guna kalau Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti UMNO’ dibuat hari-hari dan menarik puluhan ribu orang Melayu sekalipun, tetapi akhirnya PAS tetap juga terpaksa tunduk kepada PKR sebagaimana yang berlaku di Sarawak baru-baru ini.

Apatah lagi PAS Perak sebenarnya TIDAK PERNAH ada keberanian pun untuk menyanggah DAP dan PKR… setakat beretorik seperti Negara Islam dan hudud serta qisas, mungkin PAS sangat hebat… tetapi dalam bab buat kerja, PAS yang pandai hanyalah mengutip duit derma daripada para penonton yang datang ke tapak ceramah.

PAS Ganti UMNO kononnnn… piiiiraaaahhhh… sekali kena jegil dengan Ngeh Kor Ham dan Ngah Kor Meng, tercirit-birit Misbahul Munir ni pi cari pil chi kit tek aun cap burung rajawali dan menara kuil!!!

>> Perak Today

Selamat Ulang Tahun UMNO yang ke-65


Selamat Ulang tahun UMNO yang ke-65. Perjuangan masih belum selesai wahai anak bangsaku. Jika dahulu nenek moyang kita, mempertaruhkan nyawa, mengangkat senjata menentang penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tapi kini keadaan nya berbeza, bentuk perjuangannya juga berbeza..Perperangan bukan lagi perlunya mengangkat senjata, penjajahan bukan lagi perlu melalui peperangan.Oleh itu kita perlu sentiasa bersedia dari pelbagai sudut dan pelbagai aspek untuk menentang penjajahan alaf baru ..Bangunlah wahai anak bangsaku, ini bukan masanya lagi untuk kita bersuka ria, berpeluk tubuh hanya memerhati, jika tidak kita yang bertindak, siapa lagi?? yang akan mempertahankan Agama , Bangsa dan Negara yang akan diwarisi oleh anak cucu kita pada masa hadapan..

Tuesday, 10 May 2011

"UMNO Masih Memegang Prinsipnya" - TPM


Timbalan Pengerusi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin UMNO perlu sedar akan asas perjuangan parti itu bagi mengubah persepsi rakyat terhadap parti itu.
Malah katanya, tanggapan yang menyatakan bahawa Umno adalah sebuah parti yang lemah dan lesu perlu diperbetulkan untuk terus mendapat sokongan dan dokongan rakyat.
“Prinsip perjuangan Umno perlu kita pegang… dan ia seharusnya menjadi asas yang menjadi pedoman kepada kita untuk terus berjuang memartabatkan bangsa melayu.
“Kita perlu mempertahankan perjuangan yang selama ini kita dokong…kita perlu sedar Umno adalah satu parti yang berjuang untuk mempertahankan bangsa demi menjaga maruah melayu di negara ini.
“Ingin saya ingatkan antara perlembagaan parti Umno ini adalah untuk mempertahankan kemerdekaan dan maruah melayu selain mempertahankan Islam… Ini adalah faktor utama yang patut kita tanamkan dalam diri kita supaya Umno terus menyinar sebagai sebuah parti yang membela nasib orang Melayu.

Tambah Muhyiddin lagi, persepsi negatif yang sering dilemparkan terhadap parti itu perlu diubah serta merta dan ia hanya dapat direalisasikan dengan keutuhan pemimpin Umno terhadap asas perjuangan parti itu.
Katanya, apa yang menjadi kepentingan adalah pemimpin Umno perlu melakukan transformasi politik pada diri sendiri terlebih dahulu dengan berpegang kuat kepada asas perjuangan parti.

Justeru tambah beliau, dengan perubahan dan semangat juang yang tinggi maka pemimpin Umno
selepas ini akan mampu mengikis persepsi rakyat yang selama ini menggangap parti itu sebagai parti lesu.
“Kita perlu memperkuatkan diri kita dahulu dengan asas-asas perjuangan jitu dan kemudian rakyat dengan sendirinya akan yakin dan sekaligus menyokong kita.

“Persepsi yang menyatakan Umno sebuah parti lesu perlu diperbaiki dan satu-satu caranya adalah dengan mempamerkan kekukuhan kita sebagai agen yang berjuang dan membela rakyat dan bangsa Melayu.” Katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang turut dihadiri sama oleh YAB Dato' seri Diraja Zambry B. Abdul Kadir Menteri Besar Perak dan YB Dato' R. Ganesan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

( TPM melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi ketua Bahagian Bagan Datoh, YAB Menteri Besar Perak dan Tn. Hj. Hassan B. Hj Hamzah Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh )

Anak BD : Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang dirasmikan oleh TPM. Dalam sesi lawatan beliau ke Bagan datoh, beliau juga sempat merasmikan Dewan terbuka Sek. Men Tun Abdul Razak, Selekoh dan juga menyampaikan anugerah kecemerlangan di sekolah terbabit. Kami warga Bagan Datoh sangat-sangat mengalukan kehadiran TPM Tan Seri muhyiddin Yassin ke kawasan kami. Kami akan tetap memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri kita Dato' seri Najib Tun Razak serta barisan kepimpinannya dalam merealisasikan "Goverment Transformation Programme", Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sunday, 8 May 2011

Zahid Hamidi, Chow Yun Fat Malaysia??

Scenario politik Malaysia selepas Tsunami Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008 telah menukar bagaimana Pemimpin politik di Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang melihat dan menilai sentiment politik dari rakyat, terutama nya dari yang berbangsa Cina. Undi Cina yang amat penting, yang telah di hilang sekali gus semasa PRU ke 12 dari Barisan Nasional, masih ada ramai tidak faham atau mengambil tahu cara untuk mengambil balik apa yang telah mereka hilang. Mereka lebih pandai menuduh jentera di dalam Barisan Nasional daripada mencari menyelesaian yang akan membawa kepada masyarakat Cina sejuk balik kepada Kepimpinan Barisan Nasional.

Ada yang menyuarakan bahawa, biar parti parti komponen seperti MCA dan Gerakan buat kerja mereka untuk mendapat balik sambutan dari bangsa Cina, tetapi apa yang di suarakan, sudah tiga tahun di dengar, dan apa yang di dengar itu sudah basi. MCA dan Gerakan tidak mampu mengambil perhatian bangsa Cina lagi dan ini kena di fahami oleh Pemimpin Pemimpin Barisan Nasional sebelum berani langkah kepada PRU-13 tidak lama lagi. Tiga tahun lebih itu bukan satu dua bulan, bukan satu tahun, lama juga tiga tahun ini, biar kita berterus terang.

Ada seorang Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi berani berdepan dengan bangsa Cina dan berani mendengar rintihan dan luahan dari mereka. Berani bukan duduk di dalam office hawa dingin dengar lagu warisan sambil di urut oleh pembodek bahawa dia boleh menang walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim di letak di kawasan Parlimen dia untuk bertanding. Bukan berani dengan bayar Blogger untuk membantu kempen pilihanraya, kempen menonjolkan keberanian, kempen untuk menjatuhkan pemimpin dalam Pakatan Pembangkang. Tetapi berani kerana dia sendiri akan turun padang untuk mendengar rintihan dari masyarakat Cina tentang kawasan dia, isu isu Nasional yang berhubung kait dengan Bangsa Cina, dan berdialog dengan NGO Bangsa Cina supaya masalah dan kesusahan mereka dapat di ringankan sikit oleh Pemimpin ini.

Mereka gelar Pemimpin ini sebagai Chow Yun Fat mereka. Chow Yun Fat adalah seorang artis Cina dari Hong Kong yang telah keluar dalam beratus Filem yang selalu memaparkan karektor sebagai seorang Pemimpin / Penyayang / Penjaga / Pegang Amanah / Pembela Negara. Karektor karektor yang di kaitkan kepada Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi oleh masyarakat Cina di Malaysia.

Pada satu program Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi, terdapat lebih kurang dua ribu rakyat menunggu kedatangan nya dalam keadaan cuaca yang amat panas, tiba Pemimpin ini dan secara kebetulan hujan rahmat turun dengan lebat. Rakyat Cina yang berada dalam program ini kebanyakan basah kerana hujan turun secara tiba tiba, tetapi mereka menjerit dengan kuat sampai Pemimpin Chow Yun Fat ini naik ke pentas “OOONNGGGG !!!!! OOONNGGGG !!!!!”. ONG untuk bangsa Cina adalah benda yang baik, benda yang bagus, tiba saja Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi ini, hujan rahmat telah turun, dan mereka percaya bahawa dia telah bawa ONG untuk mereka semua. Begitu lah kesukaan, kemesraan dan kesetiaan mereka terhadap Pemimpin ini.

Di dalam konteks seperti ini, dan ketinggalan parti parti komponen dalam Barisan Nasional untuk menyambut balik masyarakat Cina, adakah Barisan Nasional perlu seorang Chow Yun Fat daripada seorang pemimpin bangsa lain dari Barisan Nasional ? Seorang yang tidak perlu “berlakon” dan tidak perlu “sandiwara” di depan rakyat, kerana masyarakat Cina memang sudah suka dan percaya kepada Chow Yun Fat ini. Seorang yang ada kuasa yang cukup tinggi dalam Kerajaan untuk menyambut masalah masalah masyarakat Cina tanpa menghiraukan suara dari komponen komponen Barisan Nasional yang mungkin akan dengki kerana memang itu SEPATUTNYA tanggungjawab mereka untuk selesai kan semua masalah masyarakat Cina selepas PRU-12 tahun 2008. Tiga tahun sudah berlalu dan tidak ada keyakinan bahawa komponen komponen MCA dan Gerakan akan buat apa lagi yang AJAIB untuk menyejukkan keadaan di antara mereka dan masyarakat Cina Malaysia.

Di harap Pemimpin yang bernama Zahid Hamidi menerima cabaran ini dengan hati terbuka, dan bawa kepercayaan masyarakat Cina yang secara semulajadi sudah ada, kepada PRU-13. Menang atau kalah bukan di tangan kita, tetapi usaha dan kerja, kita boleh jalan kan sementara kita masih hidup di dunia ini.


sumber : Kritis

AnakBD :Pemimpin yang menjadi idola, seharusnya berani menyahut cabaran, tidak gentar berhadapan dengan sesiapa jua, sanggup turun padang dengan tidak menghirau hujan atau panas demi mendengar rintihan dan kesusahan rakyat tanpa mengira bangsa, tanpa mengira agama dan fahaman politik.Tanggungjawab dilaksanakan dengan sebaiknya..itulah pemimpin kami yang berjiwa rakyat..

Kami warga Bagan Datoh sentiasa menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri , semoga Allah S.W.T panjangkan umur YB Dato' Seri serta diberikan kesihatan yang sempurna, agar kita sama2 dapat meneruskan perjuang membela nasib rakyat...Demi agama, bangsa dan tanah air..

Thursday, 28 April 2011

Al-Fatihah

Ahmad Saari Hj Abd Rani (Mat Saari), Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Datok & AJK UMNO Bahagian, dpd Sg Tiang Baroh telah kembali ke Rahmatullah di km 83.9, Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Langkawi dlm kemalangan motosikal setelah terbabas melanggar divider tepi lebuhraya dalam hujan. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More