Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Saturday 6 October 2012

APA MOTIF SEBENAR KETUA PENGARANG SUARA KEADILAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR?

AIDCNews – 06/10/12 – Tiga perkara dilakukan serentak. Pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim menyiarkan foto pertemuannya dengan Wiliam Bourdon di Paris, kedua portal Mkini dotcom menyiarkan tajuk utama Bourdon bakal datang ke Malaysia beri keterangan kepada ahli parlimen pembangkang di Malaysia.

Dzulkarnain Taib (tengah), Ketua Pengarang Suara Keadilan buat laporan polis supaya polis siasat kedatangan Bourdon

Dan ketiga, Dzulkarnain Taib, yang mendakwa mewakili lima NGO menunjukkan laporan polis bagi menghalang tindakan Anwar Ibrahim membawa tiga peguam Perancis ke Malaysia di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

Dzulkarnain Taib adalah Ketua Pengarang Suara keadilan, organ parti PKR.

Laporan bernama semalam menyebut Dzulkarnain membuat laporan polis untuk mengetahui agenda pembangkang menjemput tiga peguam luar negara memberi taklimat kepada anggota Dewan Rakyat berkaitan prosiding mahkamah di Perancis berhubung pembelian kapal selam tersebut.

Dzulkarnain juga mempersoal kemampuan pembangkang menanggung kos kehadiran peguam terbabit.

“Mereka adalah peguam profesional, dan kita sedia maklum bayaran dikenakan mengikut jam. Siapa yang membayar kos pengangkutan dari Perancis dan juga kos penginapan, kerana sudah pasti mereka tidak akan menetap di hotel tiga bintang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang Jumaat.

Ada permainan politik halus di sini, ada benda lain yang sengaja ditimbulkan untuk menyembunyikan agenda sebenar.

Kami difahamkan kunjungan Anwar ke Paris berjumpa Bourdon adalah salah satu strategi utama untuk menangani isu SUARAM yang dibongkar mendapat tajaan penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Sebagai peguam Soros, Bourdon perlu datang ke Malaysia untuk membantu SUARAM yang juga merupakan tali barut penyangak Yahudi di Malaysia.

- SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More