Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Thursday 24 November 2011

Wednesday 23 November 2011

Penyerahan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Seri Perkasa

salah sebuah rumah h yang terlibat dengan banjir di Kampung Seri Perkasa, Dun Hutan Melintang









Petugas meninjau rumah mangsa banjir.



di laporkan sebanyak 8 buah rumah yang terlibat dengan bencana banjir di Kampung Seri Perkasa

 


Penyerahan  Bantuan kepada mangsa banjir oleh Sdr. Baharom Md Saari, Penyelaras Pilihanraya BN Dun N54 Hutan Melintang bersama  Hj Atan Sampol, Ketua Kampung dan jawatan kuasanya (JKKK) , Ketua UMNO cawangan Seri Perkasa Tn. Hj Abdul Rashid Abdul Manan dan Nabil Saleh dari wakil Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datoh.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 22 November 2011

Fiesta Tarian Kesenian Perpaduan 1 Malaysia





Friday 18 November 2011

Pelabuhan Kargo Di Bagan Datoh Bakal Rangsang Ekonomi IMT-GT, Asia Tenggara


Sebuah pelabuhan kargo untuk perdagangan tukar barang dan pukal seperti yang dipersetujui pembinaannya di bawah kerjasana Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) kini 60 peratus siap, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pelabuhan yang terletak di Hutan Melintang, Bagan Datoh itu kini sedang menjalani pembinaan fasa pertama dengan kos RM60 juta yang merangkumi jeti kargo, jeti penumpang, pusat penjaja dan pasar pemborong.

“Apabila siap kelak, ia tidak hanya akan digunakan di bawah IMT-GT, sebaliknya turut membolehkan kapal-kapal kargo dari Myanmar, Bangladesh dan Dubai (UAE) menggunakan kemudahan itu. Pelabuhan ini boleh digunakan oleh kapal-kapal kargo sederhana besar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Beliau berkata konsesi pembinaan pelabuhan itu di kawasan seluas 800 hektar itu telah diberikan kepada sebuah syarikat swasta dan apabila siap kelak ia mampu menampung kargo antara 100 dan 1,000 tan metrik.

Katanya pembukaan pelabuhan itu juga akan merangsang pelaburan dan ekonomi di negeri Perak serta meningkatkan nilai perdagangan antara Indonesia, Thailand dan Malaysia serta negara-negara Asia Tenggara.

IMT-GT dibentuk pada 1993 oleh kerajaan ketiga-tiga negara untuk mempercepatkan perubahan ekonomi di wilayah yang kurang membangun. Pihak swasta memainkan peranan untuk mempromosikan kerjasama ekonomi di bawah IMT-GT.

Sejak ia dibentuk, IMT-GT telah berkembang dalam skop geografik dan aktivitinya yang merangkumi lebih 70 juta orang. IMT-GT kini melibatkan 14 wilayah di selatan Thailand, lapan negeri di Semenanjung Malaysia dan 10 wilayah di Sumatera, Indonesia.

AnakBD : Alhamdulillah, dengan pembinaan Pelabuhan yang terletak di Parit 1 Hutan Melintang ini secara tak lansung sedikit sebanyak dapat menjana ekonomi penduduk tempatan.

PerakToday

Zahid Hamidi Admits Flew To Saudi On Private Jet

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi confessed today he flew to Saudi Arabia for his haj in a private jet but says his friend owns it.

The defence minister was responding to allegations he owned the aircraft.

Several bloggers had accused him of graft, questioning how he could afford a jet on his government income.

Ahmad Zahid (picture) is the second member of the Cabinet to come under public scrutiny in recent weeks following the Auditor-General’s report last month.

Earlier Women, Family and Community Affairs Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil came under attack for power abuse after the country’s top auditor revealed her husband and children were involved in the National Feedlot Corporation, a multimillion ringgit government cattle farming project, and messed it up.

In a text message to The Malaysian Insider today, Ahmad Zahid confessed to jetting to Mecca for the haj recently.

“Yes it’s true, but I only hitched a ride. Coincidentally he too was performing the haj,” he said.

“Is that wrong?” he shot back.

According to the claims spread through emails, Ahmad Zahid had first flown to Mecca to meet his wife Datin Seri Hamidah Khamis who had gone gone ahead to Saudi Arabia. Both of them then boarded the private jet to Jeddah.

“Who’s the owner of this private jet, if his [Ahmad Zahid’s] friend; what was the reason to use it?

“Does his friend have an interest in the defence ministry?

“If he is using his own money to rent the jet, where did he get so much?” according to the mystery email sent out.

The claims also mentioned the Umno vice-president frequently slew to Saudi during the Muslim fasting month of Ramadan with his business partner known only as “Tuan Sheikh Rozi.”

The defence minister made no mention of this in his reply to The Malaysian Insider.

The Bagan Datok MP was appointed defence minister in 2009 when Datuk Seri Najib Razak replaced Tun Abdullah Ahmad Badawi as prime minister.

Prior to that he was a minister in the Prime Minister’s Department in charge of Islamic matters.

AnakBD : Is that anything wrong? Biasalah tu bila dah terlalu taksub gajah didepan mata tak nampak, kuman di seberang laut dia nampak plak...belum teman dedahkan lagi isu anak pemimpin pembangkang yang mempunyai akaun juta-juta dalam bank Israel yang hangat diperkatakan di blog-blog pro-BN skarang ni ..teman akan kupas isu ni sedikit masa lagi.. Sabor yer..

Perak Today

Video Panas!! Bob Lokman buat hal lagi murtadkan rakyat Johor..

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan Bob Lokman yang mencabar JAIS supaya menangkapnya ketika mengadakan ceramah tanpa tauliah di Selangor, kini kita disajikan pula dengan kenyataan terbaru Bob Lokman yang “memurtadkan” sebilangan besar rakyat Johor yang berkerja di Singapura.
Siapa sebenarnya Bob Lokman sehinggakan dia sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian? Bob Lokman sebelum ini hanyalah seorang artis yang lebih cenderung kepada genre lawak jenaka didalam dunia lakonan. Jadi apakah Bob Lokman layak menghina rakyat Johor?
Suatu ketika dulu, Bob Lokman mencipta lagu dan lirik untuk mengkhayalkan kita, sekarang ini setelah dia menyertai PAS, Bob cipta pula “fatwa” untuk murtadkan rakyat Malaysia. Apakah Bob Lokman merasakan dengan menyertai PAS, dia mempunyai lesen besar untuk menghukum umat Islam di negara ini sesuka hatinya?
Didalam isu rakyat Johor yang mencari rezeki di Singapura, mengapa begitu mudah Bob Lokman menganggap mereka itu murtad? Jika hanya kerana beralasan tidak solat Subuh, apakah Bob Lokman yakin bahawa semua rakyat Johor yang bekerja di Singapura itu tidak solat?
Seperkara lagi, tahukah Bob bahawa didalam Islam semuanya dipermudahkan bagi mereka yang ada kesulitan. Didalam hal rakyat Johor yang terpaksa keluar rumah sebelum subuh hingga terlepas solat mereka, Islam membenarkan umatnya mengambil rukhsah jamak sembahyang kerana bermusafir.
Apakah yang dimaksudkan dengan Rukhsah? Rukhsah bermaksud kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat. Ini merupakan sedekah Allah swt kepada manusia sebagai bukti bahawa Allah itu maha mengerti dan memahami.
Dengan ini, apakah Bob Lokman merasakan dirinya lebih hebat dari Allah sehingga sanggup memurtadkan mereka di Johor hanya kerana terpaksa pergi berkerja sebelum waktu Subuh? Kesombongan serta kebongkakan Bob Lokman jelas terpancar melalui kata-katanya itu.
Apakah kini Bob Lokman merasakan dirinya amat suci setelah dia menyertai jemaah PAS? Jika begitu keadaanya, Bob ternyata silap kerana PAS itu hanya sebuah parti politik sahaja. Jadi tak perlulah Bob berlagak suci sebab menyertai gerombolan puak-puak yang bertopengkan Islam didalam PAS.
Hanya Allah mampu menilai iman serta ibadah manusia, bukannya Bob Lokman yang bermegah dengan title cucu kepada seorang ulama!


AnakBd : Teman malas nak ulas panjang isu ni...sebelum ni pun teman da pernah komen mengenai Bob Lokman ni..Anda dah tengok video di atas, anda nilaikan lah sendiri..


Thursday 17 November 2011

Harimau baham Garuda!!

.
JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.
“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.
Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.

Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.

Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.

Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

AnakBD: Tahniah di ucapkan kepada pasukan HarimauMuda. Corak permainan yang agak baik semalam, mereka berjaya mengatasi tekanan psikologi yang cuba diberikan oleh penonton2 di stadium kepada pemain-pemain HarimauMuda. Apapun pendapat teman Khairul Fahmi (Apek) adalah yang terbaik semalam kerana berjaya menyelamatkan banyak percubaan gol dan sekurang-kurangannya maruah Malaysia tertebus setelah kekalahan skuad kebangsaan menentang Indonesia sebanyak 7 kali sebelum ni di Stadium Bung Karno.Syabas dan tahniah skali lagi...

Wednesday 16 November 2011

Pusat Kerjaya Amanjaya(PeKA) tubuh Skuad Jobs Perak


Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) yang dikendalikan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) telah genap sebulan melancarkan dua inisiatif yakni laman portal Jobs Perak dan Skuad Ronda Jobs Perak.

Pelancaran inisiatif ini adalah bertujuan untuk membantu pencari kerja mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Selain itu juga, ianya dapat memudahkan para majikan mencari pekerja yang bersesuaian dengan jawatan yang ditawarkan oleh pihak syarikat.

Rasional penubuhan Skuad Ronda Jobs Perak adalah sebagai suatu inisiatif kerajaan negeri terhadap beban atau kesukaran yang dihadapi pencari kerja terutamanya dari luar bandar untuk datang ke bandaraya Ipoh semata-mata untuk mendaftar dengan pusat berkenaan.

Sehubungan itu, Skuad Ronda Jobs Perak akan turun padang di 48 kawasan di seluruh negeri Perak bagi mendekati serta memberi peluang kepada pencari kerja untuk berdaftar dengan Pusat Kerjaya Amanjaya.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, Skuad Ronda Jobs Perak bukan sahaja akan berada di lokasi membabitkan program turun padang di setiap daerah tetapi juga mengunjungi pusat pengajian tinggi awam, swasta dan sekolah-sekolah bagi mendedahkan golongan pelajar dengan peluang kerja yang ditawarkan di Perak.

Sepanjang bulan Oktober 2011, Skuad Ronda Jobs Perak telah menjelajah ke lima buah lokasi di sekitar negeri Perak yang bertujuan untuk mengumpul “resume” dan sesi pendaftaran sebagai pencari kerja di laman portal jobs perak dari penduduk setempat lokasi yang dikunjungi.

Lima lokasi tersebut adalah Kuala Kerang, Taiping, Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Taiping Golf Resort Bukit Jana, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Tanjung Malim, dan Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN), Gopeng.

Hasil dari kunjungan ke lima lokasi tersebut, Skuad Ronda Jobs Perak telah berjaya mendaftarkan 633 pendaftaran dari penduduk setempat sebagai pencari kerja di laman portal Jobs Perak. Kesemua pendaftaran ini meliputi penduduk setempat dan para pelajar institut pengajian tinggi.

Semasa Skuad Ronda Jobs Perak berada di TEMAN, Gopeng, seorang ibu tunggal, Syarifah Nur Syahirah, 24, dari Batu Gajah, menyambut baik penubuhan PeKA yang dilihat mampu memudahkan pencari kerja mendapatkan maklumat kekosongan jawatan di negeri Perak dan mencari pekerjaaan yang bersesuaian dengan kelulusan mereka.

Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu berkata, beliau berharap agar penubuhan PeKA dapat membantu golongan ibu-ibu tunggal yang berada di dalam negeri Perak mendapat pekerjaan dengan harapan sumber pendapatan yang diperolehi akan meringankan beban kewangan yang ditanggung.

“Selepas berdaftar dengan laman portal Jobs Perak ini, saya berharap peluang saya sebagai ibu tunggal untuk mendapat pekerjaan akan menjadi lebih cerah,” katanya.

Kesemua pendaftaran ini meliputi penduduk setempat, serta para pelajaryang bertujuan untuk meSiri jelajah Skuad Ronda Jobs Perak turut mengadakan aktiviti tambahan iaitu permainan “paintball” bagi menarik minat orang ramai untuk datang mendaftar sebagai pencari kerja.

Permainan paintball ini amat bersesuaian untuk dikaitkan dengan kehidupan seseorang itu, Seperti contoh keberanian untuk menempuh halangan, pengaturan strategi, pengurusan, dan sebagainya. Permainan ini diadakan secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar sebagai pencari kerja bersama Skuad Ronda Jobs Perak.

Pada bulan November 2011 ini, Skuad Ronda Jobs Perak akan berada di tiga buah lokasi berasingan di sekitar negeri Perak. Lokasi yang pertama ialah di Titi Serong (19/11/11), kemudian di Gopeng (20/11/11), dan lokasi terakhir ialah di BN Youth Job Fair PWTC (18 – 20/11/11).

Kepada orang ramai yang tinggal berdekatan dengan lokasi jelajah tersebut, diminta untuk hadir beramai-ramai ke khemah Skuad Ronda Jobs Perak bagi sesi pendaftaran sebagai pencari kerja dan bawa bersama “resume” masing-masing.

AnakBD : Teman berbangga dengan usaha kerajaan negeri yang sangat prihatin membantu rakyat. Selain daripada menawarkan peluang pekerjaan, teman percaya usaha ini juga akan dapat mengurangkan jumlah migrasi anak muda yang kebanyakannya berhijrah keluar untuk mencari pekerjaan, kerana sepertimana yang kita tau tenaga muda juga diperlukan sedikit sebanyak dalam pentadbiran negeri.Syabas dan tahniah PeKA dan ker.ajaan Negeri

Kalau dulu kita perlu keluar mencari kerja, kini kerja pula mencari kita..Apa pun All the best

Hot News: Golongan Muda PKR tolak Anwar sebagai calon PM PRU 13??

Banyak juga desas-desus di kalangan warga kerja ibupejabat PKR yang berasa kurang selesa dan tak berapa setuju dengan cadangan Azmin untuk – meletakkan ANWAR sebagai center of attraction dalam Kongres tak lama lagi. Ramai yang berpandangan, tidak ada asasnya untuk mengagungkan ANWAR pada ketika imej peribadi pemimpin itu teruk tercalar dalam beberapa isu kebelakangan ini. Rafizi tidak comfortable (tetapi diam). Saifuddin juga begitu.

Yang berani mengatakan tidak dan membantah cadangan tersebut adalah beberapa pemimpin muda yang dimasukkan sebagai sekretariat. Mereka mengatakan kaedah mengagungkan Anwar sudah kurang menarik perhatian generasi muda. Jujur, tegas mereka, Anwar semakin kehilangan midah touch di kalangan generasi muda. Benda sama turut dikongsi oleh beberapa orang kanan Chegubard yang turut menolak cadangan kongres untuk mengagungkan Anwar.

Kalau mengikut pelan asal – kongres itu akan menjadi tempat mereka mengesahkan Anwar sebagai PM material untuk pasca PRU-13. Gambar Anwar perlu besar. Video tentang Anwar perlu padat. Anwar perlu digambarkan sebagai pemimpin ulung parti.

Jangan tidak percaya, ramai juga kalangan anak muda di dalam PKR mula berfikir tentang apa yang akan jadi selepas Anwar? Ramai sangat! Mereka tak mahu parti menyorok dengan kemungkinan sebenar yang Anwar akan masuk semula ke penjara. Siapa yang boleh memimpin?

Kebanyakan golongan muda dalam PKR lebih percayakan Izzah berbanding Azmin. Mereka beranggapan, Izzah lebih molek diletakkan di depan – berbanding Azmin. Kebanyakkannya memberikan maklum bahawa Azmin sudah terlalu arrogant dan tidak boleh dinasihati. Malahan, Kak Wan juga mengesan perkara sama. Azmin sudah tidak seperti dahulu.

Kaedah mengagungkan Anwar ini juga ditolak oleh media alternatif yang dimiliki pembangkang. Mereka tahu, menjadikan Anwar sebagai TUHAN POLITIK kepada PKR akan hanya meletakkan PKR dalam keadaan yang sangat bahaya. Masa Anwar semakin suntuk.

Bayangkan sahaja keberanian Free Malaysia Today menyiarkan berita:-

Anwar must go for rakyat to win

Remove DSAI

We are not living in ancient times when generals led their armies into battles. In this war with BN, what need is there to give BN an overt target than by putting DSAI in the frontline?

Especially when that target is suspect and unable to stand up to an enemy with large armies and deep pockets?

Pakatan will not be able to match BN in money or resources.

What Pakatan has is the goodwill of many millions of Malaysians who are just as willing to consider giving their goodwill to BN if they think that Pakatan will fail to fulfil their aspirations of a good and decent government.

Just take me. After nearly three years of unquestionable support for DSAI, I no longer want him to lead Pakatan because he is not what Pakatan needs to win its war against BN.

AnakBD: Bukankah PKR ialah parti yang memperjuangkan Anwar?? Ok, kalau saya silap, persoalannya berani ke PKR nak mengenepikan Anwar??

Sumber : Gelagat Anwar

Imej NajibRazak Makin Popular - Bagaimana Dengan Imej UMNO?

                       

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot. 
Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan. 
Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina danIndiadari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu 
Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah. 
"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya. 
Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus. 
"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989. 
Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal. 
Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya. 
Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu. 
Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara. 
"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.


AnakBd : Secara peribadi teman sangat kagum dengan kesungguhan PM kita mendekati rakyat melalui pelbagai medium dan mengaplikasikan media baru yang semakin popular dikalangan belia . Rakyat didekati, dari golongan veteren hinggalah ke golongan anak-anak kecil, tanpa mengira kaum. Program Transformasi Kerajaan yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri juga kelihatan telah dilaksanakan oleh Kementerian2, namun adakah perlaksanaannya dijalankan secara menyeluruh??? Bagaimana dengan pemimpin2 di peringkat akar umbi???


Sesuatu perlu dilakukan, kalau sayangkan UMNO
Berubah atau Rebah.

Monday 14 November 2011

Lagi ahli Pas & Pkr Bergabung Keluar Parti


Selepas menyaksikan pembubaran Parti PKR cabang Petaling Jaya Selatan , hari ini Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang pula mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.

Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.

"Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya.

Sementara itu, Said berkata, keputusan yang diambilnya untuk keluar parti dan menutup cawangan Bukit Piatu adalah tepat.

"Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai.

"Sebenarnya kami semua diperalatkan sewaktu pilihan raya umum lalu. Cakap tak serupa bikin dan ini membuatkan kami bertindak keluar parti," katanya.

Selain itu katanya, perjuangan PKR juga tidak ada hala tuju dan tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan.

Pakatan Rakyat kini seumpama retak menanti belah???

Sunday 13 November 2011

UFB - Cubaan Malaysia Kini melaga-lagakan tokoh agama dengan pemimpin - Berdoa la yang positif


Oleh : Ustaz Fathul Bari
Sumber  : ILMU

Pengakuan Hadi Tidak Mahu Jadi Perdana Menteri Memalukan Pas

KUALA LUMPUR 9 Jun- Tidak pelik dan tidak mengejutkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri negara ini seandainya ditakdirkan pembangkang menang pada satu ketika nanti kerana beliau tahu dan sedar kemampuan beliau.
Mungkin Hadi telah melihat “track record”nya sebelum ini sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu ketika negeri itu diperintah oleh Pas yang mana tidak ada satu pembaharuan dibawa oleh beliau, sebaliknya rakyat menanggung penderitaan.
Kata-kata itu diungkapkan Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris yang melihat Hadi “ jujur“  tentang kemampuan dirinya bagi mengelakkan rakyat negara ini menjadi mangsa seperti mana rakyat Terengganu pada satu ketika dahulu.
“Terima kasih kepada Hadi yang “jujur” tentang kebolehan dan kewibawaannya dalam urus tadbir. Mungkin beliau tidak mahu apa yang berlaku di Terengganu dahulu berulang kembali.
“Lagi satu…ketidakyakinan beliau itu makin terserlah apabila jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu disandang oleh orang lain dan bukan beliau. Ya..betul beliau akan memberikan alasan untuk memberikan tumpuan di pusat, namun bukankah itu menimbulkan seribu satu persoalan.
“Yang jelas Hadi adalah pemimpin yang hanya pandai memberikan ceramah dan menghentam UMNO serta BN dan bukannya seorang pemimpin yang berwibawa,” katanya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan Pas adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat
Razali seterusnya berkata “kejujuran” Hadi dalam soal itu juga memperlihatkan bagaimana Presiden Pas itu sedar dan tahu bahawa beliau sememangnya tidak layak untuk menduduki kerusi berkenaan jika dilihat kepada jumlah kerusi parlimen yang ditandingi seluruh negara.
“Sebab itulah Pas layak digelar “junior partner” dalam pakatan pembangkang. Takkanlah jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada “junior partner” sedangkan PKR dan DAP  melebihi jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada parti yang hilang arah tujuan itu.
“Justeru kepada rakyat, janganlah tertipu dengan gaya permainan politik pembangkang termasuk Hadi dan perlu melihat “ kejujuran“  beliau dalam mebuat pertimbangan menjelangnya pilihan raya umum akan datang,“ katanya. -MediaUMNO

Taktik Desperado PAS Perak tarik undi, fitnah Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza hari ini menafikan bahawa beliau berminat dengan politik Pas dan berbincang denagn pemimpin Pas. Menurutnya sebuah blog pro- Nizar telah memfitnah Siti Nurhaliza dengan sengaja meletakkan nama dan gambarnya seolah-olah beliau sudah masuk bidang politik dan menyokong pembangkang.

"Ingin dimaklumkan bahawa saya belum terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang politik terutamanya parti Pas dan apa yang telah dinyatakan di Blog pro- bekas Menteri Besar Perak adalah fitnah semata-mata", kata Siti Nurhaliza.

"Kemungkinan blog berkenaan ingin menarik pembaca membaca blognya tetapi janganlah memfihnah saya", kata Siti lagi.

Ini menunjukkan pakatan rakyat telah ketandusan idea atau mungkin tak berpuas hati dengan penyertaan keahlian UMNO Perak dikalangan artis akhir-akhir ini, jadi mereka pun mula mengada-adakan cerita kononnya Siti juga sokong Pas untuk tarik undi.. #sungguh menyedihkan.

Doa Menghadapi Peperiksaan




Kami daripada team Anak Bagan Datoh Online dengan rendah hati ingin

mengucapkan Selamat Maju Jaya buat adik-adik yang

bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

bermula pada hari ini..

Semoga dapat menjawabnya dengan tenang...

Setelah kita berusaha, berdoa dan bertawakkallah kepada Allah

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita

di Dunia dan akhirat..Amin


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Friday 11 November 2011

Ceramah Bongkar Senator Ezam Mohd Noor di Rungkup


BONGKAR




CERAMAH BONGKAR OLEH SENATOR EZAM MOHD NOOR
MANTAN SETIAUSAHA POLITIK DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

DI DATARAN FUTSAL SIMPANG 4 RUNGKUP

18 OKTOBER 2011 (JUMAAT)

9.00 MALAM



Thursday 10 November 2011

Restoran Kari Kepala Ikan Mydin

Suasana di restoran masih ramai
dengan pengunjung
lagi ketika jam menunjukkan
1.30 a.m
           

Terletak di kawasan bangunan baru berhampiran dengan Balai Bomba Hutan Melintang, iaitu laluan menghala ke Bagan Datoh, restoran ini menawarkan menu  dalam ruang makan yang selesa, dan ruang terbuka.

Tarikan utama restoran berkenaan ialah kepelbagaian menu selain keenakan masakan dan ruang menjamu selera yang selesa. Selain itu, tempat letak kereta disediakan selain kemudahan wi-fi.


Selain restoran di Simpang Empat, Hutan Melintang, yang dibuka Julai lalu, cawangan lain ialah di Pekan Bagan Datoh yang beroperasi terlebih dahulu.

Restoran ini mampu memuatkan 150 hingga 200 pengunjung dalam satu masa. Kari Kepala Ikan Mydin bukan saja menyediakan pesanan secara ala carte, malah juga bufet, selain menerima tempahan untuk majlis dan katering.

Menu menarik untuk dicuba ialah kari kepala ikan  yang dimasak 20 minit sahaja. Istimewanya, kuah kari diadun menggunakan kari buatan sendiri selain sedikit kari dalam pek. 

Kepala ikan Kerapu dipilih kerana ikannya besar, isinya manis dan pejal. Isi yang tidak mudah hancur memudahkan ia dimasak dan dipersembahkan dalam keadaan cantik. Terung, bendi, kacang panjang, tomato dan tauhu kering turut melengkapkan menu berkenaan. Dalam menyahut slogan 1 Malaysia, Restoran ini dapat menghimpunkan rakyat berbilang kaum menjamu selera bersama-sama.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sekitar Majlis Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang

Datuk Shahrul, Setiausaha
Politik Menteri Pertahanan menyampaikan hadiah
kepada pemenang. 
Ucapan Perasmian Penutup Sukan Dwi Tahunan
SK Tanah Lalang


Biarpun hujan lebat namun Sukan Dwi Tahunan SK Tanah
Lalang tetap meriah

Penyerahan Kunci Rumah Kepada Peserta Program Bantuan Rumah (PBR)



Hj Khairuddin Tarmizi, Setiausaha Khas
Menteri Pertahanan Malaysia
memotong riben sebagai
simbolik penyerahan kunci rumah
kepada peserta. Turut kelihatan Hj Musa

Alip, Pengerusi JKKK Batu 20
4 Oktober 2011- Pelaksanaan PBR adalah selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk menaik taraf sosio ekonomi rakyat luar termasuk di kawasan Parlimen Bagan Datoh yang diuruskan oleh pihak Felcra Berhad di Kampung Bagan Lipas, Hutan Melintang, Perak.

Pada Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah (PBR) yang dihadiri oleh Setiausaha Khas Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Setiausaha Bahagian UMNO Bagan Datoh, Hj Khairuddin Tarmizi berkata "PBR merupakan usaha kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat miskin tegar yang memerlukan tempat kediaman lebih selesa".

Pengerusi JKKK Batu 20,  Hj Musa Alip berkata," Ini membuktikan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan nasib mereka yang kurang upaya berkemampuan untuk memiliki rumah yang selesa sama ada rumah baru atau yang dibaik pulih " katanya.   Turut hadir sama di majlis ini ialah Penyelaras Dun Hutan Melintang,  Baharom Md. Saari.

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Replika 
Kad Penyerahan Lembu Qurban di Perumahan Awam Parit 4, Sungai Sumun


30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini.  Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

  
YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan 45 ekor
 lembu qurban di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datok

Beliau berucap, agihan lembu korban ini diberi tanpa mengira fahaman politik kerana dalam soal ibadat hal politik perlu diketepikan.  Menurutnya lagi, pihaknya memilih masjid dan surau menerima lembu korban atas rasa tanggungjawab sosial dan jika ada sesiapa membuat tomahan, biar individu tersebut menjawabnya di akhirat.  "Dalam soal ibadat kita harus bersatu dan bijak menangani segala masalah menerusi kaedah yang beradab untuk mendapat keberkatan dari Ilahi, " katanya ketika berucap sempena penyerahan lembu korban.  Semua lembu korban itu disumbangkan oleh dua tokoh korporat untuk disalurkan menerusi Ahli Parlimen Bagan Datoh.       

  



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More