Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita/ info atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila email kepada kami di anak.bagandatok@gmail.com

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Sempenan Aidil Adha 1432H

30 September 2011, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh telah menyerahkan 45 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini. Lembu korban ini diserahkan kepada jawatankuasa Masjid di sekitar Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan Hutan Melintang

HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Program Kecemerlangan PMR 2011 Parlimen Bagan Datoh

Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Parlimen Bagan Datoh bertempat di Dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pas Rompak RM 100 daripada BR1M

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada markaz PAS bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Jangan Gunakan Institusi Agama sebagai tempat berpolitik-Zahid Hamidi

Bagan Datoh 29 Jan - Ahli Parlimen Bagan Datok Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan guru-guru KAFA agar tidak menggunakan institusi Agama sebagai tempat untuk berpolitik."Kalau nak berpolitik, di luar institusi tak apa" menurut beliau lagi. Guru KAFA merupakan Agen Perubahan Masyarakat dan haruslah bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kehendak semasa.

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bagan Datoh

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa untuk bersolat maghrib berjemaah di Masjid Simpang Tiga, Rungkup dan solat isya' di Surau Taman Bagan Pasir.

Saturday 26 February 2011

Selamat Bersidang!!!


Hari ini diadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Peringkat Cawangan-cawangan Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh

Perasmian dilakukan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin.

Persidangan diperingkat cawangan2 akan bermula pada 1 mac 2011 dan berakhir pada
15 April 2011

manakala persidangan peringkat bahagian2 akan bermula pada 1 May 2011 dan akan berkhir pada 15 Jun 2011


Selepas ini bermula lah tugasan kita di cawangan dan seterusnya di peringkat bahagian...

Jalankan lah tanggung jawab anda sebaiknya
Selamat Bersidang!!!!

Tun M: Anwar and Nik Aziz Traitors to Malays

KAMPUNG GAJAH (PERAK), 26 FEBRUARY, 2011: Tun Dr Mahathir Mohamad said today that PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim and PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat are traitors to the Malays because they are willing to split the community for politics.



He said that Anwar was prepared to cause rifts among the Malays to get support to become Prime Minister while Nik Aziz regarded people who strived for their community as non-Muslims.

"I don't know from which hadith (sayings and examples of Prophet Muhammad) or part of the Quran that Nik Aziz got this," the former Prime Minister said at a gathering organized by the Perak Malay non-governmental organization Perkasa.

According to Nik Aziz, said Mahathir, a Malay was not a Muslim unless he was a member of PAS.

"Is this the statement of a sane person?" Mahathir said.

He added that the Kelantan Mentri Besar had even said that he was sad that he was born a Malay just to get the sympathy and support of the other communities.


- Bernama

Friday 25 February 2011

{KodomoLion}.:::.: PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK

{KodomoLion}.:::.: PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK: "Salam. Kpd Seluruh Sahabat2 Warga Msia Dengan Segala Hormat Dan Takzim Sekali Bagi Perkasa Negeri Perak Menjemput Semua Ke 'PERHIMPUNAN ME..."

Thursday 24 February 2011

Satu Malaysia Kena Tipu Dap…. Zairil Bukan Anak Khir Johari


Assalamualaikum…



Saya benar-benar rasa cukup terkejut apabila melayari sebuah forum (mykmu.net) yang membongkar betapa liciknya penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap yang sanggup melakukan apa jua putar belit untuk membeli jiwa orang Melayu.

Dalam forum tersebut dinyatakan betapa sekali lagi rakyat Malaysia kena tipu dengan Dap.

Saya perturunkan apa yang dibongkarkan dalam forum tersebut seperti di bawah.


Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong Dap apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap hujung tahun lalu dan baru beberapa hari lepas dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng.

Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu.

Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.

Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.

Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.

Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Dap menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka.

Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap. Kalau belum perintah negara Dap sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau Dap dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.

Yeop Ahmad Murshid.

Sumber : UMNO Online

SEMOGA SENANTIASA DIRAHMATI ALLAH DEMI AGAMA, BANGSA, NEGARA





Jadilah YB yang membawa kebaikan kepada kawasan masing-masing. Jangan di abaikan tanggunjawab yang di amanahkan. Semoga Allah mentakdirkan saudara-saudara ku ini mentadbir negara berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

API DALAM SEKAM , GUNTING DALAM LIPATAN???

Tulisan ini sebenarnya sudah lama ditulis oleh seorang Pengawai BTN iaitu pada 13-08-199.

Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk mempercayai apa yang ditulis oleh 'rakan' Saifuddin Abdullah ini.

Untuk makluman Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, yang dilihat lebih cenderung kepada pembangkang.

Lihat sahaja tindakan beliau menelefon Polis supaya melepaskan pelajar (kumpulan GAMIS) yang berkempen di Galas yang terang-terang telah melakukan kesalahan.

Anda baca dan nilailah tulisan dibawah ini :

"Saya adalah seorang yang kenal dengan Saufuddin semenjak di MCKK lagi walaupun saya awal sikit dari beliau. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia sedalam-dalamnya. Kami bukan berkawan sehari dua - tetapi sudah lebih dua puluh tahun kami saling mengenali sesama sendiri.

Perhubungan kami terus dikatakan rapat (mungkin kurang rapat selepas tulisan ini - itu pun saya rasa dari perspektif beliau). Sebagai rakan, tulisan ini adalah suatu yang patut diharapkan dari seorang rakan. Harus ada rakan yang memperingati kita.

Dalam banyak perjumpaaan, kerap kali Saifuddin menyatakan hasrat beliau untuk berjaya terus dalam politik.

Memang dahulu beliau menyanjung DSAI. Memangpun masih begitu (sekurang-kurangnya itulah yang diucapkan kepada saya ketikadalam suasana saya dan dia berdua sahaja). Malah pendirian ini bukannya pendirian dulu yakni sebaik sahaja DSAI dilucutkan.

Tetapi pendirian ini dinyatakan berkali-kali (dalam pertemuan kami) sebaik sahaja DSAI dilucutkan jawatan, selepas DSAI ditahan, dan yang terbaru selepas DSAI dihukum dan selepas beliau (SA) sendiri menyatakan secara terbuka tentang "sokongan" beliau terhadap Mahathir.

Kata beliau, itu adalah terpaksa dinyatakan.

Beliau mengaku telah punmendapat restu DSAI (walaubagaimana pun saya sangsi cerita ini) untuk kekaldengan Mahathir dan menjadi musuh dalam selimut bagi Mahathir.

Kata beliau,beliau mempunyai perancangan yang baik.Saya tidak percaya bab DSAI merestui. Sebabnya ialah saya pun kenal DSAIsecara rapat.

DSAI sebagai senior saya semasa di kolej dan kemudian semasa di UM (juga bersama dengan Saifuddin) saya pernah mendapat hint dari DSAI sendiri nama beberapa orang yang DSAI beri kepercayaan sepenuhnya, beberapa orang yang DSAI sangsi, dan beberapa orang yang DSAI langsung tidak percayai.

Biarlah saya tidak kategorikan Saifuddin di dalam kategori mana - cukup setakat saya sangsi apa yang beliau katakan di atas.

Namun, Saifuddin turut mempunyai beberapa kisah lama. Saya akan simpan dahulu- kerana saya masih mahu mengekalkan beliau sebagai kawan bukan bermusuh.

Cuma ini sekadar mengingati beliau.Beliau di dalam perancangannya, telah bersedia untuk melompat ke Barisan Alternatif (tapi hanya selepas pilihanraya - dan jika beliau menang DAN jikaAlternatif mungkin berjaya membentuk kerajaan.

cerita lanjut sila klik


AnakBD :Perjuangan kita dalam parti sehingga kehari ini adalah ikhlas kerana Allah Taala, demi mempertahankan Agama, Bangsa, dan demi anak-anak kita dimasa hadapan..Merujuk kepada isu diatas, sejujurnya saya ingin bertanya pandangan anda semua..siapakah yang benar-benar dikategorikan sebagai api dalam sekam, gunting dalam lipatan?? adakah Saifudin Abdullah atau sahabat karibnya yang berjanji setia bersama-sama dengan nya, namun dia telah mengambil keputusan untuk membongkarkan segala strategi, perancangan dan niat jahat Saifudin?? apakah pendapat anda mengenai isu ini...adakah wajar sahabat Saifudin tersebut juga kita gelarkan sebagai api dalam sekam, gunting dalam lipatan kerana telah mengkhianati beliau dengan membongkarkan segala rancangan jahat Saifuddin??

Sahabat2 pembaca yang dikasihi sekalian perkara begini terlalu banyak berlaku di dalam organisasi kita sendiri dimana kita seolah-olah tiada hak untuk memperbetulkan keadaan atau kemungkaran yang terlihat didepan mata kita sendiri sekiranya ianya melibatkan golongan teratas atau pemimpin.. Adakah mereka yang dilantik sebagai pemimpin ini terlalu sempurna?? sehingga tidak pernah melakukan kesilapan???

Sebagai pemimpin pula adakah anda telah jalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi dengan sebaik-baiknya?? tepuk dada tanya iman....wallhualam..

BERUBAH SEBELUM REBAH... kembalilah ke jalan yang sebenar demi kebaikan bersama... kejayaan akan menunggu kita di hadapan sana...

Wednesday 23 February 2011

Al-Fatihah

llani Ishak meninggal dunia akibat barah payu dara

24/02/2011 12:22pm

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu dan Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Illani Ishak kembali ke rahmatullah pada pukul 6.05 pagi tadi akibat barah payu dara.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur. – Utusan.

PRK N27 Merlimau : Roslan Ahmad diumum sebagai calon BN


JASIN 23 Feb. - Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd., Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.
Pemilihan Roslan, 44, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau di sini hari ini. - Utusan

Penjelasan isu Semasa oleh Dato' Hamidah Osman

Tuesday 22 February 2011

{KodomoLion}.:::.: Ummi Hafilda Dedah rahsia 3A!!!

{KodomoLion}.:::.: Ummi Hafilda Dedah rahsia 3A!!!: "Ikuti video pengakuan khas Ummi Hafilda mengenai beberapa isu termasuk kes liwat Anwar Lion : 'Salute' dengan Ummi Hafilda kerana pengaku..."

Monday 21 February 2011

Nurul Izzah & Siti Aishah turun ke Bagan Datoh


Satu jamuan minum petang bersama N. Presiden PKR Nurul Izzah Anwar al- Jubs dan Siti Aishah ketua Serikandi..telah diadakan di perkarangan rumah Ustaz Yusof di Taman Cenderawasih , Simpang 4 semalam...kelihatan juga ADUN Hutan Melintang, S.Kesavan dan Ketua Cabang Bagan Datoh Madhi Hassan serta Ustaz Misbahul Munir YDP Pas Bagan Datoh turut mengiringi...

teman sempat seludup bersama beberapa orang rakan..nak pi dengar apa lagi yang nak dikelentong diorang ni...

ternyata agenda utama Nurul Izzah dan sekutunya turun ke Bagan Datoh setelah kali terakhir beliau sendiri turun ke kawasan ini 12 tahun yang lepas adalah untuk membawa propaganda 'Buku Jingga' dan 'Program 100 hari memerintah' kepada penduduk di Bagan Datoh..

Tak habis-habis la Parti Kelentong Rakyat ni nak kelentong lagi...dengan fakta-fatwa yang teman rasakan tak relevan.. Percaya la cakap teman 'Buku Jingga ' dan 'Program 100 hari memerintah' merupakan propaganda pembangkang semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat. Mereka akan terus menabur janji-janji kosong kepada rakyat.

Lihat saja misi 'Tawan Putrajaya' yang diwar-warkan oleh mereka pada 16 september sehingga ke hari ini masih lagi belum menjadi kenyataan sedangkan mereka telah begitu gah dan angkuh serta berkeyakinan tinggi yang mereka akan dapat menawan Putrajaya pada 16 September yang lalu.

Tapi janji hanya tinggal janji..konpem mike semua kena tipu....

tak ada apa sangat yang teman nak ulas tentang ucapan-ucapan mereka-mereka ni selain menghentan Dato' Seri Zahid Hamidi sebagai ahli parlimen Bagan Datoh...tu je la yang mereka tau pun..hentam menteri sana, hentam menteri sini...

Melihatkan sambutan yang diterima dengan kedatangan seorang tokoh hebat yang kononya digelar 'Puteri Reformasi" ke kawasan ini, teman rasa rakyat sekarang sudah semakin bijak untuk menilai sendiri apa yang berlaku disekeliling mereka.. Wallahualam...


Matlamat menghalalkan cara???

Akhirnya, seperti yang ramai telah ketahui...2 PRK akan diadakan serentak...Merlimau dan Kerdau...Kebetulan juga, bunyi akhirannya sama...Subhanallah...

Sedar tak sedar, sejak PRU-12 pada 2008, dah tak terkira dengan jari PRK yang telah dan akan diadakan. Setiap kali PRK sudah pasti, kesempatan yang ada, digunakan sebaik-baiknya oleh masyarakat setempat. Sehingga PRK diberi gelaran sebagai LUBUK EMAS oleh sesetengah pihak. Permintaan terhadap rumah-rumah sewa, hotel dan sebagainya akan melonjak tinggi.
Namun amat menyedihkan apabila, rumah-rumah ibadat, masjid dan surau juga dijadikan tempat tinggal sementara oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ikuti email di bawah:

Assalamualaikum. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.
Setiap kali pilihanraya kecil berlaku, maka masjid dan surau akan bertukar menjadi ‘ rumah tumpangan’ penyokong-penyokong Pas.
Kesucian rumah-rumah Allah ini tidak dipelihara. Kotor dan diwarnai dengan tingkal laku tidak beradap.
Saya, selaku pemerhati bebas pada setiap PRK sudah meluat dengan perangai hodoh juak-juak Pas ini. Kepada jawatankuasa masjid malah kalau boleh polis, tolonglah pastikan masjid, surau atau madrashah tidak dijadikan pusat penempatan gelandangan sepanjang PRK Merlimau dan di Kerdau.
Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan Pas bermaharajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka.
Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema’ah wanita dan sebagainya.

Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA
mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi’sabillillah.
Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi’sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
Mereka juga tidak segan – silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
Ingatlah Pas itu bukan Parti Islam. Pas itu parti yang bersekongkol dengan DAP si kafir harbi laknatullah. Jangan jadikan rumah suci Allah tempat membuat kotor. Cukuplah masjid di Kelantan kotor!!

HAJI Z
KUALA LUMPUR



AnakBD : Tak tau lah teman nak kabo macam mana lagi, kalau udoh juak-juak PAS ni memang dididik begitu oleh Tuan Guru Nicky Ajis...dan yang datang tu semua pulak di importnya dari kelantan tak hairan la perkara-perkara sebegini akan berlaku, hrmm faham-faham sendiri la yer...orang-orang yang dikatakan memperjuangkan islam ini lah yang sebenarnya mencemarkan keindahan Islam itu sendiri..Wallahualam...

sumber : Awekz bukit gantang

PRK N28 Kerdau : Tuan Ibrahim dicalonkan oleh PAS di Kerdau??

Agendadaily pada hari ini memberi analisis berkenaan calon PAS bagi PRK DUN Kerdau. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka akan dipilih sebagai calon PAS bagi PRK DUN Kerdau, Pahang. Melalui analisis yang dibuat oleh Penulis Agenda News, Roslan Bian telah menulis bahawa ianya berikutan keputusan PAS menukar secara tiba2 jawatan Pengarah Pilihanraya Merlimau Datuk Halim Abdul Rahman yang sebelum ini dipegang oleh Tuan Ibrahim.


Sepatutnya beliau dilantik pengarah PRK berkenaan memandangkan beliau Pesuruhjaya PAS Pahang. Sekaligus ini memungkinkan beliauakan dicalonkan menentang Barisan Nasional (BN) dalam PRK ke-16 itu. Pengumuman menggantikan Halim diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS pada Ahad.


Beliau juga telah membayangkan Tuan Ibrahim yang juga Yang Di Pertua PAS Kuala Krau antara bakal dicalonkan di PRK DUN Kerdau memandangkan pengaruhnya di kawasan itu. Difahamkan, mesyuarat Ahad memutuskan tiga nama yang akan menggalas cabaran PAS bagi menebus malu selepas tewas dua kali berturut-turut di Galas dan Tenang.


PAS telah mula menyedari bahawa parti tersebut tiada harapan untuk menang di DUN Merlimau disebabkan kekuatan UMNO di Negeri Melaka. Atas faktor tersebut, PAS perlu menebus malu bukan sahaja dengan orang Melayu yang mulai muak dengan cara berpolitik parti itu tetapi dengan PKR dan DAP.- sekutu mereka dalam pembangkang. Jalan terbaik memastikan calon mereka menang di Kerdau dan yang boleh memberikan cabaran hebat kelak tentunya Tuan Ibrahim.


Berdasaarkan keputusan PRU 12, PAS hanya tewas dengan 1,615 majoriti undi yang diperolehi arwah Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN. Oleh itu, PAS dijangka akan memperolehi kemenangan besar apabila memilih Tuan Ibrahim Selain Tuan Ibrahim sebagai calon. Nama2 lain yang yang turut dipilih iaitu Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim dan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi dilihat tidak mampu memberi impak kepada kemenangan parti tersebut.


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengumumkan nama calon PRK DUN Kerdau pada 24 Februari iaitu dua hari selepas nama calon BN diumumkan pada Selasa ini. Bagi pihak BN pula, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon BN, Selasa ini.


sumber : Melayu CinDian

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More